SHARE AND LIKE THIS POST

MELAKA 27 NOVEMBER 2016. ( MM859N / MB673P / hartanah ) EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman (tiga dari kiri) memotong riben sebagai simbolik perasmian sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan negeri, Saleh Mohd Dom (kiri) dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Roslan Ibrahim (dua dari kiri) pada majlis perasmian Ekspo Rumah Mampu Milik di pasaraya Kip Mart, Bachang. STR/MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Kerajaan Melaka terus mengawal pemilikan semua jenis hartanah kepada warga asing dalam usaha melindungi kepentingan penduduk tempatan memiliki aset sendiri.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman, berkata hanya lima peratus pemilikan hartanah termasuk rumah kedai di negeri ini dikuasai warga asing khususnya dari Singapura.

“Hanya sebahagian projek perumahan ditawarkan kepada mereka dengan kuota 10 peratus bagi setiap projek kecuali projek perumahan mewah bernilai RM1 juta seunit ke atas tetapi bukan semua yang ditawarkan.
“Mereka hanya dibenarkan memiliki lima aset iaitu tiga rumah dan dua rumah kedai, manakala semua permohonan perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKN),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) peringkat negeri di Bachang, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Saleh Md Dom. Sehingga 31 Oktober lalu, katanya, sejumlah 3,316 unit RMM sudah disiapkan, 16,321 unit RMM dalam pembinaan manakala baki 13,047 unit sudah mendapat kelulusan untuk dibina.

Comment

BERI MAKLUM BALAS