SHARE AND LIKE THIS POST

Bolehkah anda mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit apabila tidak dapat membayar pinjaman rumah dan rumah tersebut akan dilelong?

Boleh.. tetapi dengan syarat… anda perlulah pergi berjumpa denga AKPK lebih awal sebelum terlewat..

Tetapi apakah perkara lain yang perlu anda tahu sebelum membuat temujanji dengan AKPK? Selain daripada anda belum diisytiharkan muflis, anda perlu menyediakan beberapa dokumen sebelum membuat temu janji.

Berkaitan bantuan AKPK dan lelongan, berikut serba sedikit perkongsian dari saya di Facebook yang mungkin boleh membantu anda berkaitan bantuan AKPK yang anda boleh dapatkan jika ingin menangguhkan bank dari melelong rumah anda.

Baca lanjut di bawah atau anda boleh layari di FB Mohd Khairul.

AKPK dan Lelongan Rumah
————————————-
“Pergi AKPK bukan jalan untuk tidak perlu bayar hutang dengan bank atau elak rumah daripada dilelong..

Ada yang mungkin berpendapat dengan bertemu AKPK maka masalah hutang mereka selesai dan rumah tidak akan dilelong.. tetapi ia mungkin sebaliknya..

Utk kes ‘unsecured loan’.. ataupun pinjaman tanpa cagaran seperti kad kredit dan personal loan.. biasanya proses restructuring lebih mudah kerana bank tiada cagaran utk ‘recovery’ (mendapatkan semula hutang cthnya melalui lelongan). Namun begitu untuk ‘secured loan’ seperti rumah biasanya ia akan tertakluk juga kepada bank dalam memberikan penstrukturan semula pinjaman.

Sabagai panduan dan berdasarkan pengalaman saya mengendalikan NPL.. saya dapati bahawa utk kes ‘secured loan’.. AKPK masih perlu merujuk kepada bank untuk proposal pembayaran semula (restructuring) hutang-hutang… dan bank mempunyai hak untuk ‘counter’ proposal tersebut.. Bank mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju dengan proposal yang diberikan.

Namun begitu biasanya ianya lebih memihak kepada peminjam.. di mana walaupun tidak sebaik yang di cadangkan tetapi akan ada sedikit pengurangan dari jumlah asal.

Bolehkah lelongan dihentikan?

Bergantung pada tahap mana lelongan tersebut. Ada kes di mana ianya boleh ditangguhkan apabila ketiga-tiga pihak mencapai keputusan.. namun jika ianya sudah berada pada tahap akhir iaitu hari lelongan.. maka agak sukar untuk dihentikan.

Persetujuan pada proposal yang diberikan AKPK biasanya hanya akan menangguhkan proses lelongan.. Peminjam perlu “patuh” sepenuhnya pembayaran balik yang dipersetujui dan jika gagal.. maka proses untuk lelongan akan disambung semula dan kebarangkalian untuk peminjam memohon penangguhan semula sekali lagi adalah tipis..

Kesimpulannnya..
AKPK merupakan suatu peluang untuk mereka mendapatkan bantuan dalam kes di mana mereka tahu bahawa mereka telah gagal untuk membuat bayaran pinjaman dan bank akan melaksanakan lelongan.

Namun begitu, peminjam haruslah bertemu AKPK untuk khidmat nasihat seawal mungkin.. dan dalam masa yang sama boleh juga bertemu bank untuk membincangkan penyelesaian.
.
Jika cadangan penstrukturan semula diluluskan.. pastikan ianya dipatuhi sepenuhnya.. kerana jika gagal, anda mungkin tidak akan mendapat peluang kedua untuk menyelamatkan rumah anda dari dilelong.

Sekian.
……………..

Nota: Setiap bank mungkin mempunyai polisi berbeza dalam mengendalikan kes-kes berkaitan AKPK. Oleh itu apa yg saya nyatakan di atas mungkin sedikit berbeza tetapi boleh dijadikan panduan asas. Sekiranya anda mempunyai info tambahan yang boleh dikongsikan, sila kongsikan di ruangan komen.
Terima Kasih.

Mohd Khairul
Tips Hartanah

ย Layari laman web rasmi AKPK untuk maklumat lanjut dan jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kewangan anda.ย  www.akpk.org.my
Comment

1 komen

  1. Selamat petang MK , kalau rumah hampir kena lelong , boleh tak bagi tunjuk ajar dan pencerahan jalan macam mana kita nak berbicara dengan pihak bank , biasa nya pihak bank ni liat nak di bincang kalau dah tahap status NPL .

    Terima kasih , MK .

BERI MAKLUM BALAS