Harta pusaka orang Islam tidak dituntut RM60 bilion

1125
0
SHARE AND LIKE THIS POST

harta-pusaka

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Harta orang Islam meliputi rumah dan tanah yang tidak dituntut di Malaysia mencecah sebanyak RM60 bilion berbanding RM6.6 bilion berbentuk wang simpanan sehingga Februari 2016 berdasarkan rekod Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Tanah dan Galian.

faraid-harta-pusakaPemahaman dan kesedaran umat Islam tentang kepenting­an mengurus harta sebelum kematian sangat rendah menyebabkan banyak harta pusaka masih belum dituntut. Ia juga didorong oleh faktor kurang pemahaman dan pengetahuan tentang proses pembahagian pusaka dari segi hukum dan undang-undang.
Apabila waris tidak tahu cara untuk mengurus harta si mati, akhirnya harta pusaka tersebut terbiar begitu sahaja tanpa dituntut. Selain itu, pertikaian keluarga atau wa­­ris berebut harta pusaka me­nyum­bang kepada faktor urusan pembahagian pusaka tergendala.

Harta adalah satu elemen pen­ting dalam kehidupan manusia dan umat Islam seharusnya meng­urus dan me­rancang harta dengan baik dan sempurna supaya ia tidak dibazirkan dan dapat diguna dengan cara yang mengikut syarak.

Usaha memastikan harta pusaka ditadbir dengan baik selepas seseorang individu me­ninggal dunia adalah penting supaya segala perkara khususnya melibatkan hutang dapat diselesaikan selain kebaji­­­­­k­an anak-anak terjamin.

Melalui perancangan harta yang lengkap dan sempurna, kita dapat memastikan harta yang dikumpul semasa hidup dibahagikan kepada waris-wa­ris tersa­yang.

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS