Pengambilan tanah bolehlah dikatakan jarang berlaku dan kebarangkalian untuk terjadi kepada sesorang individu juga adalah rendah. Namun sekiranya ianya berlaku, ia boleh menyebabkan seseorang pemilik tanah pening memikirkan tindakan yang sepatutnya mereka lakukan lebih-lebih lagi jika pampasan yang ditawarkan jauh lebih rendah dari apa yang dijangkakan.
Atas pertanyaan dan permintaan mereka yang terlibat, Tips Hartanah kali ini ingin berkongsi dengan mereka yang terlibat, dan mereka yang mungkin akan terlibat serba sedikit perkara yang perlu diketahui berkaitan pengambilan tanah.
Pertamanya… Apakah yang dimaksudkan dengan Pengambilan Tanah dan peruntukan undang-undang yang sedia ada?
Secara ringkasnya, Pengambilan tanah bermaksud melucutkan hak pemilikan hartanah yang hendak diambil. Akta yang terlibat adalah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Berdasarkan peruntukan akta, pengambilan tanah dibuat mestilah bertujuan untuk maksud awam mengikut kepada keperluan agensi- agensi pengambil. Contohnya seperti pembinaan laluan MRT, sekolah, dewan, jalan raya dan lain-lain lagi.
Siapakah pihak yang terlibat dalam prosiding Pengambilan Tanah?
Pihak yang terlibat dalam prosiding Pengambilan Tanah adalah terdiri daripada agensi- agensi kerajaan. Prosiding Pengambilan Tanah dilakukan oleh Pentadbir Tanah daripada Pejabat Tanah Daerah dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri.
Seterusnya.. perkara yang penting untuk diketahui.. Adakah Pengambilan Tanah boleh dihalang oleh pemilik hartanah dan apakah hak pemilik tanah?
Di bawah Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya… kecuali mengikut undang-undang.. Oleh itu dalam pemilikan tanah, hak pemilikan tanah individu boleh dilucut hak sebagaimana tertakluk di bawah bidang kuasa Akta Pengambilan Tanah 1960.
Walaupun kehilangan hak ke atas tanah namun pemilik masih boleh membuat bantahan ke atas pampasan jika tidak berpuashati.
Secara ringkas, apabila pemilik tanah mendapat surat daripada Pejabat Tanah memohonnya menghadirkan diri pada sesuatu tarikh perbicaraan tanah. Pemilik tanah berhak melantik seorang Penilai Swasta bagi menyediakan satu laporan nilaian berkenaan tuntutan pampasan sepertimana Jadual 1, Akta Pengambilan Tanah 1960. Manakala Agensi pengambil pula akan diwakili oleh Penilai Kerajaan dalam menentukan nilaian hartanah yang diambil.
Penilai swasta akan menyediakan satu laporan nilaian yang lengkap berkenaan tuntutan pampasan harta tanah yang terlibat.
Penilai Swasta bertanggungjawab mempertahankan nilaian jika pampasan yang diterima pemilik tanah tidak setimpal sehingga ke peringkat Mahkamah tinggi.
Pemilik tanah yang telah menerima tawaran pampasan boleh menbuat keputusan sama ada menerima tawaran pampasan atau tidak menerima tawaran pampasan atau menerima tawaran pampasan dengan bantahan.
Peranan Penilai swasta adalah memberikan khidmat nasihat kepada pemilik hartanah akan tindakan yang perlu diambil.
Bagaimana Ziyad Property Consultants (ZPC) boleh membantu anda dalam pengambilan tanah?
Ziyad Property Consultants (ZPC) terdiri daripada penilai yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam kerja-kerja nilaian dan prosiding pengambilan tanah.
Sebagai pemilik yang terlibat dalam pengambilan balik tanah, anda tidak perlu risau berkaitan fi penilai kerana ia akan dibayar oleh agensi pengambil kepada Ziyad Property Consultants sepertimana yang terkandung di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Pengambilan balik tanah, sila hubungi kami.