JCorp bangunkan Bandar Baru Majidee

1206
0
SHARE AND LIKE THIS POST

Johor Corporation (JCorp) bakal membangunkan projek pembangunan bercampur di atas tanah seluas 15.4 hektar dikenali sebagai Bandar Baru Majidee.

Projek yang dibangunkan di atas tanah berstatus komersial itu dimajukan oleh Bandar Baru Majidee Development Sdn. Bhd., anak syarikat Johor Land Bhd. bersama-sama rakan strategik, TH Tebrau Land Sdn. Bhd. (TH Tebrau).

Sebanyak 320 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bakal dibina di atas tanah seluas 2.8 hektar di kawasan itu. RMMJ itu terdiri daripada dua blok, masing-ma­sing mempunyai 12 tingkat dengan setiap unit dijual pada harga RM150,000 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2019. Bagi baki tanah di kawasan itu, pembangunan komersial di situ akan dekenali sebagai Majidee Solaris melibatkan pembangunan lapan blok servis apartmen 36 tingkat dan pusat beli-belah.

Kedu­dukan dan lokasi strategik Bandar Baru Majidee yang terletak di kawasan bandar raya Johor Bahru diyakini mampu memberikan bakal pemilik hartanah di kawasan itu menikmati peningkatan nilai hartanah mereka.

Selain itu, bagi menepati konsep pembangunan bercampur, kualiti prasarana serta kemudahan awam di dalam dan sekitar kawasan terlibat akan dipertingkatkan dalam usaha memastikannya mampu menjadi kawasan tumpuan.

Projek tersebut menjadi antara agenda penting JCorp, sekali gus membuktikan syarikat berkenaan bukan hanya memberi tumpuan terhadap projek hartanah berimpak tinggi.

Sumber

Comment

BERI MAKLUM BALAS