SHARE AND LIKE THIS POST

 

Seperti yang anda lihat, keadaan pasaran yang lemah dalam hartanah tempatan menyebabkan pinjaman yang diluluskan menurun sedikit.

Pada rumah kos rendah, terdapat penurunan sebanyak RM 770 juta dan ini disebabkan pada tahun 2015, ramai pembeli gagal mendapatkan kelulusan pinjaman dari pihak bank.

Ini juga terjadi pada rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos sederhana tinggi.

Tetapi pada rumah yang kos tinggi terjadi kenaikan yang tinggi iaitu sebanyak RM 204.41 bil. Dan ini terjadi kerana faktor sikap pembeli (wait-and-see) pembeli menunggu pada tahun 2014 disebabkan pelaksanaan GST baru bermula dan keadaan ekonomi yang tak stabil. Dan apabila tiba tahun 2015, kenaikkan harga hartanah dan kestabilan ekonomi menyebabkan pembeli tertarik untuk kembali membeli.

During the launch of Napicโ€™s market report earlier this week, Deputy Finance Minister Datuk Chua Tee Yong said that with the current slowdown in the local property sector, demand for affordable homes, especially those below RM500,000, were expected to increase.

He pointed out that about 80% of transactions in 2015 were for homes below RM500,000.

Komen dari Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong menyatakan sektor hartanah dijangka akan terus meningkat disebabkan masih ramai yang mencari rumah mampu milik kurang dari RM500,000.

Apa itu mampu-milik ?

Baru-baru ini, Bank Negara berkata, terdapat kekeliruan dalamย  keadaan pasaran perumahan yang perlu diperbaiki.

Walaupun pemaju mengatakan RM500,000 adalah harga mampu milik, tetapi untuk kebanyakkan rakyat biasa, ย harga sepatutnya ialah dibawah RM300,000. Antara alasan diberi oleh pemaju adalah faktor kos pembinaan dan kos tanah itu sendiri.

Sistem baru seperti MyDeposit dan PR1MA adalah cara pihak kerajaaan menolong kepada golongan yang ingin membeli rumah. Sistem MyDeposit berfungsi menolong pembeli dalam pembayaran 10% dari harga jualan atau jumlah maximum RM30,000 ( yang mana lebih rendah) . Manakala sistem perumahan PR1MA pula menyediakan rumah yang mempunyai harga kurang 20% dari harga pasaran.

Kerajaan juga juga perlu mengukur keperluan rakyat dan pada masa yang sama tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelian. Selain itu, pihak pemaju digesa untuk membuat rumah kurang dari RM300,000 untuk rakyat Malaysia.

Last month, Bank Negara deputy governor Sukhdave Singh called for a closer cooperation between the public and private sectors to come up with a practical new solution on the supply mismatch in the local housing sector.

Selain itu, ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang baik (seperti MRT) adalah sebab yang memaksa pembeli untuk untuk mencari rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja. Rumah ini kebiasaanya mempunyai kadar sewa atau harga pasaran yang tinggi. Oleh itu jika masalah ini dapat diatasi, pembeli boleh tinggal lebih jauh dari tempat berkerja dan sampai tepat pada masanya.

Kerajaan perlu lebih peka dan menjadikan rumah mampu-milik dan kemampuan pembeli rumah akan terus menjadi agenda Negara. Contohnya seperti di dalam Bajet 2016, di mana projek-projek perumahan baru berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah kali pertama.

Kesimpulannya, pasaran hartanah akan tetap bertahan walaupun berdepan masa yang sukar dengan langkah-langkah perubahan dan pembaikan yang bersesuaian dari pihak penjual dan pembeli.

Sumber – TheStar

 

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS