SHARE AND LIKE THIS POST

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) mengenal pasti 50 lokasi strategik di kawasan bandar seluruh negara bagi pembangunan perumahan mampu milik untuk tempoh lima tahun akan datang. Lokasi yang dikenal pasti adalah sekitar Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Pulau
Pinang, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Persekitaran kondusif
Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata pihaknya sentiasa berusaha mengenalpasti dan mendapatkan lokasi bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran perumahan dan masyarakat yang kondusif. “Lokasinya secara terperinci akan dimaklumkan melalui
pengumuman dari semasa ke semasa apabila pembangunan berkenaan sedia untuk dilancarkan.
“Harga rumah dibangunkan PRIMA adalah antara RM100,000 hingga RM400.000 seunit, bergantung kepada lokasi dan pembangunan sekitar
kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Katanya, harga rumah PRIMA adalah 20 peratus lebih rendah berbanding rumah dalam kelas dan sekitar lokasi sama.

Kerjasama swasta
“Projek perumahan mampu milik ini akan disiapkan dengan kerjasama sektor swasta dengan tempoh jangkaan siapnya akan diumumkan selepas projek dilancarkan,” katanya. Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 25,500 unit rumah akan dibina di Johor dalam tempoh tiga tahun hingga 2015. Pemohon yang layak membeli rumah, yang akan dibangunkan di kawasan seluas 200 hektar dalam wilayah Iskandar Malaysia itu akan turut menerima diskaun RM51,000 iaitu daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.

Comment

BERI MAKLUM BALAS