SHARE AND LIKE THIS POST

20,000 unit rumah PR1MA dan monorel untuk rakyat Pulau Pinang: Najib

GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

“Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 saja,” katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.

Najib berkata, pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini. – BERNAMA

Comment

1 komen

BERI MAKLUM BALAS