SHARE AND LIKE THIS POST

Petaling Jaya: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina kira-kira 50,000 unit rumah mampu milik berharga kurang RM300,000 bermula tahun depan, terutama di Lembah Klang.

Bagi merealisasikan sasaran itu, kementerian akan mengenal pasti tanah milik Kerajaan Pusat untuk membangunkan projek terbabit dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

ย Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata pihaknya yakin menerusi perancangan itu, lebih ramai rakyat berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM6,000 mampu membeli rumah.

Faham kesukaran rakyat

Kita memahami kesukaran dihadapi rakyat, khususnya di bandar besar untuk membeli rumah…, justeru, kita merancang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Kenal pasti tanah

Satu cara untuk membangunkan projek itu, kita akan berusaha untuk mengenal pasti tanah milik Kerajaan Pusat yang tidak dibangunkan atau dirancang untuk perkara lain, katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Anugerah Golden Bull anugerah tahunan yang mengiktiraf 100 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) paling berjaya di negara ini di sini, semalam.

Chee Heung berkata, kementerian juga kini dalam proses mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar kawasan Lembah Klang seperti Sungai Buloh, Kajang dan Semenyih untuk tujuan itu.

Saya juga amat berharap bahawa projek rumah mampu milik ini akan mendapat perhatian dalam Bajet 2013 sejajar usaha kita membantu golongan berpendapatan rendah, katanya.

Sumber: Berita Harian

Comment

3 KOMEN

  1. Macamana sy nk dptkn makluat utk memiliki Rumah 1Malaysia bg fasa 2 yg dijangka akan dibuat di kwsn Sg Besi dan Cheras? Sy cuba hubungi 1300-38-8080 selama tiga hari utk pertanyaan tetapi hanya mesin penjawab automatik yg membantu. Jawapan yg diterima adalah semua pegawai sedang sibuk. Jadi sy mohon jasa baik utk mengetahui cara2 utk memohon Rumah 1 Malaysia fasa 2 bagi merebut peluang memilikinya. Sekian terima kasih.

BERI MAKLUM BALAS