SHARE AND LIKE THIS POST

Ini adalah perkembangan terbaru mengenai cadangan DBKL untuk membeli semula rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) daripada pembeli yang gagal membayar balik pinjaman dan kemudian menjualkannya semula kepada pembeli baru mengikut harga pasaran.

Pembeli baru ini yang layak untuk membeli di bawah projek PPR dan PA ini kemudiannya akan diberikan pinjaman melalui tabung khas yang diwujudkan sebagai membantu mereka yang biasanya gagal untuk mendapatkan pinjaman dari bank untuk membeli perumahan PPR dan PA.

Mereka yang layak untuk membeli di bawah program PPR dan PA dan bercadang untuk membeli rumah tersebut bolehlah mendaftar melalui Sistem Pendaftaran Terbuka DBKL.  Sila lihat Di Sini.

Untuk berita lanjut, sila baca di bawah:-

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan sebuah akaun khas untuk membeli balik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) daripada pembeli yang gagal membayar balik pinjaman Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, akaun tersebut diwujudkan melalui peruntukan sebanyak 20 peratus hasil jualan PPR serta PA dan akan menjadi jaminan kepada skim penjualan rumah berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan nilai jualan 4,988 unit rumah PPR dan PA sehingga 31 Januari lalu sebanyak RM155 juta, akaun khas itu kini mempunyai dana sebanyak RM30 juta.

“Sebelum ini banyak pihak mempersoalkan dari mana DBKL dapat dana, ada yang kata kenapa DBKL dipaksa beli rumah tersebut dan ada yang tuduh kita guna wang daripada hasil cukai taksiran yang kita peroleh dan pelbagai lagi.

“Namun, saya tegaskan di sini bahawa Kabinet telah luluskan hasil pembelian rumah PPR dan PA ini 100 peratus menjadi milik kami, jadi tiada isu yang mengatakan DBKL tiada wang dan skim ini menyalahgunakan KWSP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan penganjuran program ‘KUL Sign Festival 2012’ di Pasar Seni di sini baru-baru ini.

Tambah Ahmad Fuad, bagi mendapatkan kembali wang daripada akaun khas itu yang digunakan untuk membeli rumah, rumah itu akan dijual semula pada harga pasaran kepada pemohon yang berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Terbuka DBKL.

Katanya, berdasarkan harga pasaran hartanah pada masa ini, dianggarkan harga rumah tersebut boleh dijual pada harga RM70,000 hingga RM80,000 berikutan lokasinya yang strategik.

Sementara itu, mengulas mengenai ‘KUL Sign’ Festival 2012, beliau berkata, ia bertujuan menjalin kerjasama dua hala dan persefahaman antara DBKL dengan penggiat grafiti.

Katanya, festival dua hari yang memasuki edisi kedua itu akan berlangsung pada 25 Februari ini i Dataran LRT Pasar Seni dan pertandingan ‘KUL Sign’ Grafiti bertemakan Greater KL akan turut diadakan.

“Kumpulan sasaran pertandingan ini ialah pelukis tempatan dan setakat ini, seramai 200 peserta telah mengesahkan penyertaan termasuk pelukis dari luar negara seperti dari Itali, Singapura, Hong Kong, Sweden dan sebagainya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Comment

3 KOMEN

  1. saya pembeli rumah melalui skim SPWP…
    saya di beritahu oleh pekerja di KWSP yang saya tak boleh mengeluarkan wang di akaun 2 untuk membayar rumah tersebut…
    kenapa???

BERI MAKLUM BALAS