SHARE AND LIKE THIS POST

Satu lagi laluan pintas ataupun lebuhraya bakal dibina di Lembah Kelang sebagai usaha menyuraikan masalah kesesakan trafik yang sangat teruk.  Kali ini adalah cadangan pembinaan Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) ataupun Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang yang mana sebagai alternatif kepada laluan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang melalui Sungai Besi, Cheras sehinggalah ke Ulu Kelang.

Bagi mereka yang setiap hari terpaksa menempuh laluan ini pastinya sudah arif dengan kesesakan kritikal di kawasan-kawasan tersebut terutamanya di kawasan sekitar persimpangan Jalan Cheras, Pandan Indah dan Ampang.  Lebuhraya bertingkat tiga lorong sepanjang 31.8km ini akan menghubungkan lebuhraya utama lain di Lembah Kelang iaitu Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Besraya, KL-Seremban Highway, Cheras-Kajang Highway, KESAS dan juga MRR2.

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi -  Ulu Kelang
Sumber: The Star

SUKE akan bermula di Sri Petaling melintasi Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Permai, Taman Putra, Taman Permai Jaya, Taman Dagang, Taman Kosas, Ampang dan Taman Hillview sebelum berakhir di Ulu Kelang.  Sebanyak 14 persimpangan bakal dibina iaitu Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Taman Bukit Teratai, Taman Putra, Taman Permai, Taman Dagang, Ampang, Taman Hillview dan Ulu Kelang.

3 plaza tol akan dibina sepanjang laluan lebuhraya berkenaan iaitu di Pekan Ampang, Alam Damai dan diantara Taman Bukit Permai 2 dan Taman Bukit Segar Jaya.

Apabila siap kelak SUKE akan dapat mengurangkan kesesakan MRR2 sehingga 24% dan Jalan Ampang sehingga 36%.  Bagi anda yang tinggal di sekitar Ampang, bolehlah melihat cadangan projek ini dengan lebih dekat di Carrefour Ampang dan Menara MPAJ yang sedang dipamerkan sehingga 22 Feb 2012. Maklumbalas dari mereka yang tinggal berdekatan juga dialu-alukan untuk pembinaan lebuhraya ini.

Comment

2 KOMEN

  1. daripada plan cadangan SUKE didapati pembinaannya betul betul di hadapan rumah saya di jalan desa ampang 3, taman sri ampang. adakah kemungkinan kediaman saya akan diambil.

BERI MAKLUM BALAS