SHARE AND LIKE THIS POST

Akhirnya Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan bakal pembeli rumah pertama dilancarkan semalam sejak ianya diumumkan pada Bajet 2011 tahun lepas.  Melalui SRP, kerajaan melalui Cagamas akan memberikan jaminan terhadap 10% daripada pembelian berharga RM100,000 sehingga RM220,000 yang mana membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman 100% melalui institusi-institusi kewangan yang berkenaan seperti yang dimaklumkan di bawah.

Bagi anda yang menantikan peluang ini, saya syorkan anda terus ke insitusi kewangan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi sebelum itu pastikan anda menepati syarat untuk memohon yang mana antaranya adalah anda membeli untuk kali pertama, pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 serta bekerja dalam sektor swasta.

//
//

Berita Lanjut seperti di bawah:-

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.

“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.

– BERNAMA

Comment

10 KOMEN

  1. Hanya utk yg berpendapatan rm3k ke bwh shj ke? Bagaimana dgn kami yg berpendapatan rm 3200.. Masih tak mampu nak membeli rumah lagi.. 🙁

  2. Aliyah, Ini adalah masalah yang lebih kurang sama dengan income tax di mana golongan pertengahan yang semakin tersepit. Nampaknya golongan berpendapatan pertengahan dengan gaji melebihi 3k terpaksa menggunakan sendiri 10% duit mereka untuk pembelian rumah mereka walaupun untuk rumah pertama.

  3. Salam semua,
    maaf kerana lewat membalas komen..

    Berkenaan mereka yang mempunyai pendapatan tetapi tidak mempunyai bukti pendapatan seperti tiada slip gaji, epf dsb sebenarnya adalah perkara biasa dan boleh dinyatakan dengan lebih lanjut oleh bank..

    Walau bagaimanapun, secara ringkasnya bolehlah saya nyatakan mereka masih layak untuk memohon dengan syarat terdapat bukti keluar masuk duit yang agak konsisten untuk tempoh tertentu yang munasabah oleh bank (mungkin 6 bulan -1 tahun) dan bersesuaian dengan pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan. Cthnya adalah pemandu teksi, penjaja pasar malam atau gerai dsb.

    Sekiranya pada masa ini langsung tidak mempunyai akaun simpanan untuk urusan keluar masuk duit, saya cadangkan tuan membuka akaun khas untuk keluar masuk bagi tujuan pendapatan/perniagaan berkenaan yang mana boleh membantu ketika memohon pinjaman nanti.

    Sekian.

  4. Blusher Pink,
    Setahu saya di dalam guideline SRP tidak dinyatakan sama ada ianya hanya untuk rumah baru atau second hand (sub-sale)… hanya dinyatakan untuk pembelian RUMAH PERTAMA. Oleh itu saya berpendapat tiada masalah untuk membeli rumah second hand selagi mana ianya adalah pembelian rumah pertama.

  5. Salam. Nak minta kepastian bank interest rate berapa ya? Bcoz nak buat anggaran bayaran bulanan, supaya tidak membebankan atau over budget nanti… Nak uruskan anak2 n personal payment lagi..

  6. sy nk tnya sy kerja swasta mnkala hsbnd sy kerja sendiri tiada potongan epf. tp kira gaji kedua2nya mmg lbh dr 3k. tp klu hnya pkai nm sya shja boleh ke untuk skim rumah pertama ku…

  7. kalau gaji combine laki bini 3k je boleh ke dpt loan sampai 220k??…mcm mustahil je… bayar kereta 500, moto 200, api+air+astro+TM dah 300. mkn+minyak+anak 800. servis kereta & moto 200-300. combine 3k kasar,bersih dlm 27oo..

    2700-2100 tinggal 700je… umah bawah 80,000 boleh la…tu pun tak boleh pergi bercuti selalu & pakai baju sampai lusuh..tiap2 bulan dok umah & pergi keje, cukup bln bayar utang utang utang..

    patut la byk loan kene reject dek bank… combine gaji 5-6k boleh la beli umah 220k…

BERI MAKLUM BALAS