SHARE AND LIKE THIS POST

Nampaknye banyak betul hartanah-hartanah yang akan dilelong pada bulan ini!.. Ini merupakan peluang bagi anda yang sedang mencari rumah atau hartanah-hartanah lain untuk menjenguk-jenguk lelongan awam ini yang mungkin mempunyai hartanah yang anda cari selama ini ….tentunya pada harga yang menarik.

Walau bagaimanapun, seperti diingatkan di dalam posting-posting saya terdahulu, tidak semua hartanah lelong adalah murah dan berbaloi untuk dibeli. Terdapat beberapa ciri yang perlu anda pastikan terlebih dahulu supaya anda tidak merasa menyesal kemudian hari. Ini antaranya memastikan harga belian anda nanti tidak melebihi harga pasaran semasa (kerana asyik membida) ataupun hartanah tersebut mempunyai masalah kerana pemilik asal tidak memberikan kerjasama untuk keluar daripada hartanah tersebut walaupun telah terjual dan pelbagai lagi perkara-perkara lain.

Inilah yang memerlukan sedikit pengalaman dan kepakaran dalam membeli hartanah lelong. Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana TipsHartanah boleh membantu anda dalam mengatasi permasalahan ini. Ini termasuklah membantu menguruskan bidaan untuk anda, menyemak harga pasaran semasa dan juga pengurusan pembiayaan. Apa yang perlu anda lakukan hanya daftarkan emel anda dengan TipsHartanah Di Sini. Kami akan menghubungi anda apabila terdapat hartanah yang menepati pilihan anda dan mengatur segalanya untuk anda! (Buat masa ini perkhidmatan ini hanya TERHAD untuk hartanah di kawasan Kuala Lumpur & Selangor sahaja.)

Terdapat beratus-ratus hartanah lelong kini berada di dalam senaraian TipsHartanah dan sesetengahnya akan dilelong serendah 50% daripada Harga Pasaran. List ini sebahagiannya adalah ekslusif untuk pelanggan/ahli Tipshartanah yang berdaftar sahaja. Untuk memastikan anda salah seorang yang akan memperolehi update mengenai list ini, Daftarkan Nama anda Di Sini.

Antara hartanah yang bakal dilelong pada harga yang menarik dalam lelongan akan datang adalah:-

  1. Baiduri G Apt, Desa Pandan, KL – Harga Rezab RM77,500
  2. Bouginvilla Apt, Tmn Bunga Raya, Rawang RM12,000
  3. Estana Court Apt, Ulu Kelang – RM110,000
  4. Mutiara Condo, Bkt Indah, Ampang RM72,600
  5. Sri Angsana Hilir Condo, Ampang – RM39,900
  6. Menara Mutiara, Tmn TAR, Ampang – RM140,000
  7. Sri Suajaya Condo, Sentul, KL – RM62,000
dan banyak lagi hartanah-hartanah menarik pada harga rezab yang amat rendah! Dapatkan Maklumat Lanjut Sekarang! KLIK Di SINI. 
Comment

BERI MAKLUM BALAS