SHARE AND LIKE THIS POST

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;


Saya menjawab pertanyaan mereka yang masih tidak jelas mengenai mengapa terdapat lelongan yang diadakan ditempat-tempat seperti hotel-hotel, pejabat pelelong, pejabat tanah dan juga mahkamah tinggi. Bagi mereka yang sudah tahu jawapannya adalah memang mudah tetapi di sini sekadar untuk memberi penjelasan kepada mereka yang masih tidak tahu mengenainya di luar sana.

Pertamanya, secara asas terdapat 3 jenis lelongan awam hartanah yang biasa dilakukan. Ianya adalah :-

  • Lelongan hartanah LACA (yang masih tidak dikeluarkan geran hakmilik) – menggunakan Deed of Assignment/SPA. – Lelongan ini adalah yang paling banyak anda lihat kerana ianya boleh dilakukan terus oleh pelelong selepas menerima arahan daripada bank dan membuat makluman mengenai pengisytiharan jualan (Proclamation of Sale – POS) spt di dalam suratkhabar.  Inilah di mana anda melihat banyak iklan-iklan dalam suratkhabar yang menyertakan berpuluh-puluh hartanah untuk dilelong dalam satu iklan dan ianya boleh diadakan di hotel atau mana-mana lokasi sebagaimana yang dinyatakan dalam POS.
  • Lelongan Pejabat Tanah – untuk hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah (No hakmilik mempunyai nama ‘Mukim’ atau (M) seperti HS(M), Geran Mukim, Pajakan Mukim (PM) dan sebagainya. Diadakan di Pejabat Tanah berkenaan.
  • Lelongan Mahkamah Tinggi – untuk hakmilik yang didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Negeri (No. hakmilik mempunyai nama ‘Negeri’ atau (D) seperti HS(D), Pajakan Negeri, Geran dan sebagainya. Lelongan dilakukan di Mahkamah Tinggi negeri berkenaan. Sebagai contoh, jika hartanah di Selangor, maka Lelongan akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Bagi Lelongan Pejabat Tanah dan Mahkamah Tinggi, tarikh lelongan perlu diperolehi terlebih dahulu dan disebabkan itulah anda tidak melihat hartanah-hartanah ini dilelong sekali banyak sebagaimana Lelongan LACA.  Anda perlu melihat ‘petak-petak kecil’ di dalam akhbar untuk Pengisytiharan Jualan yang berasingan dan biasanya tulisannya teramat kecil dan kebanyakannya orang yang tidak rabun pun malas untuk membacanya!  Walau bagaimanapun terdapat banyak hartanah-hartanah jenis lelongan ini sebenarnya yang menarik tetapi terlepas pandang akibat saiznya yang kecil..

Semoga posting yang pendek ini dapat memberikan sedikit penjelasan kepada anda yang masih tidak jelas..

Tawaran Istimewa dari Lazada:
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniSedikit Tips Mengenai Lelongan..
Artikel seterusnyaApril.. Bulan Lelongan Hartanah..
16 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

2 KOMEN

  1. Rumah saya telah dilelong oleh pihak bank pada bulan 7 2018 . Baki tertunggak ada dalam sekitar rm30k. Saya difahamkan telah ada pembeli pada hari lelongan tsbt. Soalan saya berapakah kos yang dikenakan oleh pihak bank utk semua urusan lelongan tsbt.

    • 1. Bergantung kepada jenis lelongan tersebut atau diadakan di mana – iaitu sama ada di Mahkamah Tinggi/Pejabat Tanah atau jenis Lelongan LACA (yang biasanya diadakan di Pejabat Pelelong).

      2. Bergantung kepada negeri di mana lelongan di adakan. Lesen Pelelong adalah dikeluarkan oleh negeri dan kadar fi dan struktur komisen adalah berbeza.

      3. Bergantung juga sama ada ia dijual terus oleh pelelong atau mempunyai ejen hartanah yang memperkenalkan pembida yang berjaya sebagai pembeli.

      4. Bergantung kepada nilai hartanah dan bukan baki pinjaman.

      5. Kos yang terlibat dengan lelongan adalah kos guaman, fi dan komisen pelelong dan juga komisen jualan ejen hartanah dan/atau komisen mahkamah jika hartanah Berjaya dilelong.

      6. Jika dijual oleh pelelong maka tambahan dari fi pelelong komisen pelelong perlu dibayar berdasarkan Skala fi pelelong yang ditetapkan yang dikira berdasarkan harga jualan. Biasanya mempunyai ‘cap’ (had) maksimum fees (bergantung kepada negeri).

      7. Jika pembeli diperkenalkan oleh ejen hartanah, maka tambahan komisen ejen (3%) akan dikenakan tambahan dari fi pelelong (komisen pelelong tidak dicaj).

      8. Komisen mahkamah akan dikenakan jika dijual di Mahkamah Tinggi.

      9. Yuran guaman biasanya bergantung kepada lelongan ke berapa – lelongan pertama biasanya adalah lebih tinggi kerana peguam perlu melakukan lebih kerja utk penyediaan kes lelongan berbanding ulangan lelong.

      10. Secara kesimpulannya, caj sebenar yang akan dikenakan/dimasukkan ke akaun pinjaman anda apabila hartanah anda Berjaya dilelong oleh bank bergantung kepada jenis lelongan dan beberapa perkara lain. Mungkin sehingga puluhan ribu.

      Jika tiada pembeli, anda tetap akan dikenakan caj untuk kos guaman dan lelongan.. mungkin sekitar RM2,000 – RM4,000 juga bergantung kepada faktor 1-4 yang dinyatakan di atas.

BERI MAKLUM BALAS