SHARE AND LIKE THIS POST

malaysia-blrKadar Pinjaman Asas (KPA) atau lebih dikenali sebagai BLR (Base Lending Rate) akan diturunkan oleh bank-bank di Malaysia kepada 5.95% bermula Februari ini selepas Bank Negara menurunkan Kadar Semalaman sebanyak 75 mata asas kepada 2.5% pada hanya selepas sebulan lebih menurunkannya pada akhir tahun lepas.

Ini sememangnya dijangkakan memandangkan keadaan ekonomi yang lemah serta usaha kerajaan untuk terus menggalakkan ekonomi negara.  Bagi pengguna yang telahpun membuat pinjaman kadar tetap sebelum ini pastinya merasakan suatu kerugian kerana perbezaan bayaran bulanan semula yang tinggi selepas 2 kali penurunan.  Saya sendiri yang mempunyai 2 pinjaman perumahan yang mana satu pada kadar tetap 7.75% (agak tinggi) dan satu lagi pada kadar BLR-2% merasakan pinjaman pertama saya adalah tinggi sekarang ini tetapi tidak bannyak pilihan yang boleh dilakukan memandangkan ianya masih di dalam tempoh lock-in period untuk menukar kepada pinjaman lain.  Walau bagaimanapun saya merasakan dalam tempoh yang panjang, kadar tetap mungkin masih lagi memberikan kelebihan kepada saya terutamanya dalam perancangan kewangan manakala kadar multi-tier (pinjaman kedua) pula menjadi pilihan kerana hartanah tersbut akan saya jual selepas tempoh 3-5 tahun apabila nilai meningkat daripada apa yang saya beli.

Bagi anda yang merancang untuk mengambil pinjaman perumahan, mungkin sekarang merupakan masa yang sesuai untuk melakukannya tetapi pastikan anda memastikan syarat-syarat yang terlindung jika anda memilih kadar berbilang (BLR+-) kerana ia mungkin menjerat anda pada kemudian hari jika BLR meningkat dan tiada had siling terhadap kadar pinjaman anda.  Kebiasannya, kadar siling adalah diantara 9%-11% apabila anda memilih kadar berbilang dan ini antara yang perlu anda pastikan.

Comment

1 komen

BERI MAKLUM BALAS