SHARE AND LIKE THIS POST

Tahun Baru 2007 bakal menjelma.. dan untuk memberikan ‘mood’ baru yang lebih segar serta wajah baru yang lebih baik, Laman web Tips Hartanah juga kini telah diubah kepada wajah baru yang lebih memudahkan anda.

New Tips Hartanah site
(Klik gambar untuk melawati Laman web Tips Hartanah)

Dengan produk semasa yang mendapat sambutan hangat pada tahun 2006 – iaitu Ebook ‘Panduan Membeli Rumah’ (dan sentiasa mendapat sambutan berterusan), Tips Hartanah akan terus membawa kepada anda produk-produk ilmiah yang dijangka akan terus memberikan ilmu dan panduan mengenai hartanah di dalam Bahasa Melayu.

Ebook baru ‘Panduan Menjual Rumah Yang Menguntungkan’ dijangka dilancarkan pada awal tahun 2007 – khusus untuk anda yang sudahpun memiliki rumah dan merancang untuk menjualnya, sama ada untuk meng’upgrade’ kepada rumah lain yang lebih selesa atau sebagai investment dan ingin mendapatkan pulangan maksimum dari penjualan rumah anda.

Nantikan Review Ebook ini yang bakal dilancarkan tidak lama lagi!

Kepada Semua Ahli Tip Hartanah dan pengunjung setia Blog Tips Hartanah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru 2007’.

Comment

BERI MAKLUM BALAS