SHARE AND LIKE THIS POST


Bagi anda yang sudah mengetahui mengenainya dan tinggal di kawasan Shah Alam atau kawasan Kota Kemuning dan sekitarnya, berita mengenai lebuhraya baru ini pastinya amat melegakan anda. Bagi anda yang masih belum mengetahui apa sebenarnya Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Kemuning-Shah Alam Highway) ini pastinya suatu berita baik untuk anda lebih-lebih lagi jika anda bekerja atau tinggal di Shah Alam.

Jadi apakah sebenarnya Lebuhraya Kemuning-Shah Alam? Ikuti maklumat lanjut mengenainya dan gambar cadangan lebuhraya ini di sambungan di blog ini di bawah..

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam sebenarnya adalah salah satu projek yang diluluskan di bawah Pelan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang bakal menghubungkan Interchange Kota Kemuning bagi Lebuhraya KESAS dengan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Projek bernilai RM600juta ini dijangka bakal bermula pada tahun hadapan dan dijangka siap pada tahun 2010 (jadi.. bagi anda yang tinggal di kawasan berkenaan kenalah tunggu sehingga tahun 2010 untuk menggunakannya 🙂 ).

Berikut adalah gambar bagi Cadangan Projek Lebuhraya Kemuning-Shah Alam yang dimaksudkan. (Klik untuk saiz yang lebih besar).

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam

Projek Lebuhraya sepanjang 14.7km ini akan dibina dan diuruskan secara konsesi oleh syarikat Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (PLSA), yang mana 90% dimiliki oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), iaitu syarikat konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Lebuhraya ini akan mempunyai 2 plaza tol yang terletak di Alam Impian dan Sri Muda. Walau bagaimanapun, kadar tol bagi lebuhraya ini masih belum diketahui atau mungkin belum lagi diumumkan oleh pihak kerajaan dan pihak berkenaan. Lebuhraya ini akan melintasi Jalan Bukit Kemuning, Jalan Jitu, Jalan Padu, Jalan Mantap, Bulatan Jubli Perak, Jalan Parang dan Bulatan Selangor dan dijangka memendekkan masa perjalanan dari dua destinasi tersebut dari 30 minit kepada hanya lebih kurang 7 minit pada waktu sibuk.

Setakat ini kesan lebuhraya ini terhadap hartanah di sekitarnya belum dapat saya pastikan. Walau bagaimanapun, dalam mendapatkan faedah daripada pembinaan lebuhraya, hartanah di sesuatu tempat yang berhampiran dengan lebuhraya biasanya akan mengalami kesan yang sebaliknya terutamanya hartanah kediaman akibat dari gangguan bunyi dan juga debu kesan daripada lebuhraya berkenaan.

Saya akan cuba mendapatkan dengan lebih terperinci kawasan-kawasan yang mungkin terlibat dengan pembinaan lebuhraya ini terutamanya perumahan.

Adakah anda tinggal di kawasan yang terlibat atau sekitarnya? Berikan komen anda tentang Lebuhraya Kemuning-Shah Alam ini.

Comment

9 KOMEN

  1. saya tinggal di kawasan berhampiran, adakah akan dibina blok dinding kalis bunyi sepanjang Persiaran Jubli Perak di mana terdapat sekolah menengah dan kawasan perumahan

  2. saya tinggal di kawasan berhampiran, adakah akan dibina jejantas untuk pejalan kaki melintas di mana terdapat sekolah dan pusat pengajian

  3. Saya tinggal di Bandar Putera dan bekerja di Seksyen 19 Shah Alam, Interchange yang mana paling dekat untuk saya masuki highway tersebut bagi perjalanan ke Seksyen 19

BERI MAKLUM BALAS