DSR merupakan peratusan komitmen hutang yang digunakan seseorang daripada jumlah pendapatan bersih mereka. Ianya adalah salah satu indikator yang digunakan oleh bank untuk mengukur kelayakkan pinjaman seseorang.
.
Penentuan DSR adalah berdasarkan gaji individu tetapi secaranya amnya, kadar DSR adalah sekitar 60%-70% bagi melayakkan seseorang memperolehi kelulusan pinjaman bank. Akan tetapi harus diingatkan bahawa 𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐃𝐒𝐑 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐤 dan mungkin berbeza antara satu sama lain. Semakin rendah kadar DSR, semakin tinggi kebarangkalian untuk memperolehi kelulusan pinjaman bank. Pihak bank akan memastikan bahawa anda mampu untuk membuat bayaran bulanan sebelum meluluskan pinjaman tersebut.
.
Bagi pengiraan DSR, jumlah pendapatan bersih adalah selepas ditolak KSWP, EPF, SOCSO, cukai serta semua komitmen pinjaman seperti PTPTN, kad kredit, pinjaman kereta dan juga jumlah bayaran bulanan pinjaman rumah yang bakal dibeli.
CONTOH PENGIRAAN DSR
Pendapatan bersih bulanan – RM3,000 (selepas ditolak KSWP, EPF, SOCSO, cukai)
Jumlah Komitmen Hutang
PTPTN – RM200
Kereta – RM450
Bulanan pinjaman rumah – RM1,100
(𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 / 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵) 𝗫 𝟭𝟬𝟬% = 𝗗𝗦𝗥
(RM1,750 / RM3,000) X 100% = 58%
Walau bagaimana pun, sekiranya pengiraan DSR melayakkan anda untuk kelulusan pinjaman bank, anda juga perlu mengambil kira tahap kemampuan anda sendiri.
Adalah penting untuk mengambil kira komitmen untuk sara hidup agar anda tidak tersepit dikemudian hari membayar ansuran bulanan rumah anda.
Kini adalah peluang yang terbaik untuk anda membeli rumah dengan perlbagai insentif yang diperuntukan oleh kerajaan untuk bakal pembeli rumah. Akan tetapi akukan persediaan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Untuk dapatkan khidmat dan nasihat mengenai jual beli rumah, sila hubungi kami atau layari Tipshartanah.net
Comment