Untuk mereka yang telah berjaya mendapat tawaran pembelian rumah PR1MA dan bercadang untuk memohon Skim Pembiayaan Akhir khas PR1MA, berikut adalah penerangan yang telah dimuatnaik oleh PR1MA di laman web pr1ma.my.
Penerangan adalah sangat jelas dan permohanan boleh dibuat di bank-bank yang mengambil bahagian. Secara ringkasnya skim ini membolehkan pembeli membayar pinjaman secara berperingkat di mana dalam tempoh 5 tahun pertama pembeli boleh memilih untuk membayar faedah pinjaman sahaja atau memilih untuk membayar faedah serta prinsipal pinjaman dan pada tahun-tahun seterusnya barulah membayar ansuran penuh kepada bank berdasarkan pinjaman.
SKIM PEMBIAYAAN AKHIR PR1MA
1. Apakah skim ini secara ringkas?
- Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman.
- Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan atau tamat tempoh pinjaman.
Skim ini diwujudkan sebagai pemudahcara kepada pembeli kediaman PR1MA untuk meringankan pembayaran ansuran bulanan pada peringkat awal. Secara keseluruhannya, skim ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi.
2. Apakah keistimewaan skim ini berbanding pembiayaan sedia ada/konvensional?
- Pembayaran berperingkat di mana bayaran ansuran bulanan dihadkan kepada jumlah yang lebih rendah untuk 5 tahun yang pertama dan kemudiannya dianjakkan kepada jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ke-6 sehingga tamat tempoh pembiayaan; dan
- Penggunaan caruman bulanan Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan untuk sebahagian daripada ansuran bulanan.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran berperingkat (“stepped-up financing”)?
- 5 tahun pertama: Bayaran faedah sahaja
- Tahun-tahun Seterusnya: Bayaran faedah dan prinsipal
4. Adakah saya boleh memilih opsyen pembayaran berperingkat, pembiayaan melalui caruman KWSP atau kedua-duanya sekali?
5. Apakah bank-bank yang menawarkan skim ini?
6. Apakah kadar bayaran bulanan dibawah skim ini?
- Maybank (03-7844 3696)
- CIMB (03-6204 7788)
- RHB (03-9206 8118 / 082-276118)
- AmBank (03-2178 8888)
7. Siapakah yang layak memohon skim ini?
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM10,000
- Kediaman yang pertama atau kedua
- Merupakan pencarum KWSP
- Tidak pernah membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan pembiayaan rumah
8. Apakah proses permohonan skim ini?
9. Bilakah saya boleh mula memohon skim ini?
10. Saya telah disenarai hitamkan didalam CCRIS. Adakah saya masih layak untuk skim ini?
11. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai skim ini?
- PR1MA (Call Centre: 03-7962 4374, website: www.pr1ma.my)
- EPF (03-8922 6000)
- Maybank (03-7844 3696)
- CIMB (03-6204 7788)
- RHB (082-276118/ 03-9206 8118)
- AmBank (03-2178 8888)