Minggu lepas saya pergi ke satu lelongan awam di KL.. tak banyak property yang dilelong tapi harganye amat menarik.. terdapat agak ramai jugak pembida yang datang .. lebih kurang 30 orang dan property lebih kurang 12 sahaja. Tapi hanya 4-5 property sahaja yang benar-benar menarik perhatian dan mempunyai ramai pembida berdaftar..
Apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan bersama ialah mengenai 2 property yang mana satu bermula pada harga rezab lebih kurang RM27K dan kemudiannya terjual pada RM51K dan keduanya bermula pada harga lebih kurang RM37K dan terjual pada harga RM81K!. Terdapat beberapa pembida yang merupakan pembida kali pertama dan cara mereka membida juga agak memeranjatkan ramai yang hadir… Ada satu ketika di mana pembida ini terus membida dengan peningkatan RM8K dan selepas itu RM5K pada satu bidaan..
Bagi anda yang baru mengenai lelongan awam dan merancang untuk membida pada masa akan datang, saya mengesyorkan anda supaya jangan berbuat demikian walaupun ianya dapat mengurangkan ‘pesaing-pesaing’ anda untuk mendapatkan property tersebut. Sebaiknya ikut sahaja peningkatan bidaan seperti yang ditetapkan oleh pelelong (seperti RM1K bagi setiap bidaan) atau mungkin hanya sehingga 3 kali ganda peningkatan (seperti RM3K maksimum).
Alasannya ialah supaya anda tidak terlebih bidaan dan hanya merugikan anda. Sebagai contoh terdapat 3 pembida yang ingin membida property yang sama yang anda inginkan. Harga rezab bermula pada RM30K dan setiap bidaan meningkat sekurang2nya RM1K. Harga Pasaran dianggarkan pada RM55K.
Walaupun anda tahu anggaran harga pasaran tersebut, anda tidak tahu berapa pesaing anda akan sanggup membuat bidaan maksimum. oleh itu jangan terus membuat tawaran/bidaan terus kepada RM40K atau RM45K. Ini kerana kemungkinan ketiga-tiga pembida tersebut hanya inginkan property tersebut pada harga rezab atau maksimum pada RM35K sahaja. Dan jika anda membida terus pada RM45K bermakna anda telah kerugian RM10K!
Oleh itu dalam membuat bidaan di lelongan awam, dinasihatkan anda supaya sedikit bersabar dan perhatikan sedikit tingkahlaku pembida2 lain. Tidak mengapa jika ianya mengambil masa yang lebih panjang kerana yang penting adalah anda mahu membida pada harga seminimum mungkin tetapi dalam bajet yang telah anda tetapkan terdahulu.
Saya harap sedikit sebanyak anda telahpun mendapat apa yang saya ingin sampaikan di sini.
Thank you very much.. very good info..
tq bro khairul..Very good info..
just to add on, biar je org lain bid smpi harga yg diorg mampu, klu still less than our budget, then masa tu baru kita bid..haa..br diorg tahu!!!hihi **dipetik dari tips Azizi Ali
Betul sayuti!.. kalo nak beli property auction ni kena bersabar dan tak boleh tergesa-gesa.. akhirnya sama ada sedar atau tidak kita akan untung atau mungkin rugi kerana terlebih membida daripada harga pasaran.. ni lepih parah coz nak dapat loan pada harga yang kita beli nanti lebih susah kalau terlbih bid drpd market price!