SHARE AND LIKE THIS POST

Sebanyak 560 unit apartment di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) telahpun dilancarkan hari ini yang mana merupakan berita yang dinanti-nantikan oleh golongan berpendapatan sederhana selama ini.  Unit-unit berkenaan ditawarkan pada harga RM120,000 seunit, lebih murah dari yang diumukan sebelum ini iaitu pada harga RM150,000 seunit.

Projek pertama di bawah PR1MA ini terletak di Precinct 11, Putrajaya dan hanya terbuka kepada mereka yang tinggal atau bekerja serta berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan sebagai salah satu syarat permohonan.  Dengan keluasan 815 kaki persegi, projek pertama ini menawarkan sejumlah 420 unit kepada bakal pembeli yang layak.  Sehingga semalam, sebanyak 470 permohonan telah diterima dan akan disaring oleh jawatankuasa khas dan akan dipilih pada 15 Oktober nanti sambil dipantau oleh firma audit awam untuk memastikan proses pemilihan adalah terbuka dan telus.

Projek yang dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd ini juga akan menempatkan kemudahan awam seperti tadika, surau, lot perniagaan dan dewan serbaguna.

Selain dari syarat yang disebutkan di atas, 3 syarat lain yang mesti dipenuhi adalah berumur 21 tahun ke atas, tidak boleh memiliki lebih dari satu rumah dan pendapatan kasar isirumah di bawah RM6,000 sebulan.

Bagi mereka yang tidak sempat memohon untuk projek pertama ini, anda tidak perlu risau kerana sebanyak 5,284 unit apartment lagi akan dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan tersebut dalam masa 5 tahun akan datang.  Sebanyak 1,317 unit akan dibina tahun hadapan, 1,107 unit pada tahun 2013 dan selebihnya pada tahun 2015 & 2016.

Selain itu PR1Ma juga akan diperluaskan ke kawasan lain dengan 20 kawasan strategik telah dikenalpasti di Lembah Klang, Rawang dan juga Seremban.

Bagi anda yang layak dan ingin memohon unit di bawah program PR1MA, anda boleh membuat permohonan secara ‘online’ di http://www.pmo.gov.my/pr1ma

Comment

BERI MAKLUM BALAS