SHARE AND LIKE THIS POST
𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 (𝐉𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐇𝐨𝐦𝐞 𝐋𝐨𝐚𝐧)
Pinjaman rumah bersama (joint home loan) merupakan pinjaman yang terdiri daripada lebih dari seorang pemohon/peminjam dan setiap pemohon mempunyai nama pada rumah tersebut.

Siapakah yang boleh memohon Pinjaman Rumah Bersama?
  • Pasangan berkahwin;
  • Pasangan belum berkahwin yang dalam pertimbangan perkahwinan;
  • Ahli keluarga;
  • Rakan;
  • Rakan pelaburan.
Apakah kelebihan dan kelemahan Pinjaman Rumah Bersama? Antaranya adalah:-
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡
1. Harga rumah yang lebih tinggi
Pembeli berpeluang untuk memilik rumah yang lebih mahal atas pengabungan sumber pendapatan lebih daripada seorang.
..
2. Kelulusan pinjaman lebih mudah
Sekiranya pasangan anda mempunyai skor kredit yang baik, gabungan pendapatan dan skor kredit tersebut dapat memudahkan proses pinjaman bank.
..
3. Wang Pendahuluan yang lebih rendah
Kos pengeluaran pendahuluan rumah lebih rendah dimana kedua-dua penama perlu membayarnya.
..
4. Komitmen bulanan yang lebih rendah
Bayaran bulanan akan dibayar oleh kedua-dua penama mengikut peratusan yang dipersetujui. Maka bebanan bayaran tersebut agak rendah berbanding dengan hanya satu nama peminjam.
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡

1. Kehilang inisiatif pembelian rumah pertama

Pembeli akan kehilangan inisiatif pembelian rumah pertama kerana sudah mempunyai rekod pembelian rumah.
..
2. Kehilangan inisiatif pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Pembeli akan kehilangan inisiatif pengecualian CKHT bagi pembelian rumah yang seterusnya kerana pengecualian tersebut hanya ditawarkan sekali seumur hidup.
..
3. Penceraian Berlaku atau Pasangan Tarik Diri daripada pinjaman
• Sekiranya penceraian berlaku, situasi seperti pasangan tarik diri
daripada pinjaman, pembeli harus membeli bahagian.
• Selain itu, kedua pembeli boleh menjual aset tersebut dan
keuntungan dibahagi mengikut peratusan yang dipersetujui.
• Ataupun pasangan yang tarik diri boleh menjual bahagiannya
kepada pihak ketiga yang mempunyai hubung kait dengan
pasangan yang masih kekal seperti ahli keluarga.
..
4. Proses yang agak rumit apabila pinjaman kedua bukan diantara ahli keluarga
Hanya sesetengah bank sahaja yang menerima pinjaman Bersama bukan diantara ahli keluarga dan prosesnya agak rumit. Serta bermungkinan terdapat dokumen sokongan lain yang diperlukan mengikut bank tersebut.
Terdapat pelbagai cara yang membolehkan kita untuk memiliki rumah. Mohon pinjaman rumah bersama dengan pasangan yang dipercayai dan lakukan kaji selidik ringkas terhadap skor kredit pihak tersebut agar segala urusan permohonan pinjaman dan proses pembayaran balik pinjaman berjalan lancar.
Comment

BERI MAKLUM BALAS