𝐄𝐋𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐍𝐄𝐑A𝐊𝐀!!
Sebagai tuan rumah, selain membuat pelaburan semestinya anda mengimpikan penyewa yang mampu menjaga rumah tersebut seperti rumah mereka sendiri. Sering kali kita dengari luahan cerita tuan rumah mempunyai penyewa dari neraka kerana keadaan rumah seperti rumah terbiar.
Oleh itu, proses untuk saringan dan mendapatkan penyewa perlulah betul agar perkara ini dapat dielakkan. Perkara yang perlu anda lakukan antaranya adalah:-
𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗮𝘁𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮
Penting bagi tuan rumah untuk membuat semakan latar belakang penyewa seperti umur, pekerjaan, tempat kerja, dan sebagainya. Sekiranya penyewa tersebut mempunyai pekerjaan yang stabil, bekemungkinan besar tidak mempunyai masalah dari segi bayaran sewaan. Serta dapatkan maklumat waris penyewa atau orang terdekat sebagai penjamin sekiranya penyewa tersebut bermasalah dalam menyelesaikan bayaran sewa.
𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻
Perjanjian sewa adalah perkara utama yang perlu tuan rumah titik beratkan dimana ramai yang masih memandang ianya perkara remeh. Perjanjian tersebut sangat penting sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan/syarat yang telah ditetapkan. Ianya juga dapat melindungi hak tuan rumah serta dijadikan bahan rujukan bagi sebarang kes yang melibatkan mahkamah. Jangan lupa untuk matikan setem perjanjian tersebut, jikalau tidak ianya tidak sah disisi undang-undang.
𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮
Semakan kelayakan bukan sahaja penting ketika ingin membeli rumah, malahan dalam sewaan juga perlu bagi menjamin penyewa tersebut komited dalam bayaran sewaan. Dapatkan salinan dokumen kad pengenalan, slip gaji, penyata bank (jika boleh) semasa berurusan dengan pengambilan penyewa. Sekiranya bakal penyewa tersebut enggan atau bermasalah untuk memberi dokumen seperti ini, berkemungkinan penyewa tersebut berisiko.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗱𝗮
Ambil penyewa daripada kenalan penyewa sedia ada merupakan salah satu cara untuk mencari penyewa yang bagus. Ini kerana tuan rumah boleh dapatkan maklumat dan rujukan daripada penyewa tersebut. Sekiranya baik pandangan yang diberikan maka baik lah orang tersebut. Akan tetapi jangan terlalu percaya sepenuhnya dengan apa yang diperkatakan. Tuan rumah juga perlu lakukan saringan penyewa sebelum membuat keputusan untuk menerima penyewa baru tersebut.
𝗦𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗮
Sebagai tuan rumah, anda perlulah tegas dalam memastikan rumah berada dalam keadaan yang baik. Oleh itu, semakan keadaan rumah secara berkala perlulah dilakukan terutamanya sekiranya penyewa tersebut telah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Senarai inventori hendaklah disediakan dan semakan tersebut haruslah dilakukan sebelum rumah tersebut didiami sebagai bahan bukti sekiranya terdapat sebarang kerosakan berlaku.
𝗟𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗷𝗲𝗻
Lantikan ejen hartanah merupakan jalan terbaik untuk perolehi penyewa yang berkualiti kerana ianya adalah kerjaya mereka. Ejen hartanah akan sentiasa memastikan rumah tersebut mempunyai penyewa serta keadaan rumah terjaga dengan rapi.
Untuk bantuan ejen hartanah berkaitan sewaan dan jual beli, anda boleh hubungi https://ziyad.my/contact/
Untuk bantuan semakan harga pasaran hartanah dan penjualan hartanah boleh layari