𝟔 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈
**********************************
Setiap penjual akan sentiasa meletakkan harapan agar rumah mereka dapat terjual dengan segera. Ada rumah yang senang jual dan ada juga rumah yang mengambil masa bertahun-tahun tetapi masih lagi tidak terjual. Kaji semula mengapa rumah anda masih lagi tidak terjual dan cuba aplikasikan kaedah-kaedah seperti berikut:-
.
𝟏) 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐢𝐤
Pastikan rumah anda berada dalam keadaan yang baik. Perbaiki sekiranya terdapat kerosakan kerana pembeli akan mencari rumah yang selesa diduduki. Anda cuba letakkan diri anda pada situasi pembeli dan semestinya anda juga akan mencari rumah yang berada dalam keadaan bagus.
Sekiranya kos membaiki agak tinggi, anda mungkin boleh pertimbangkan dengan menurunkan sedikit harga jualan dan cuba dapatkan nasihat daripada ejen hartanah.
.
𝟐) 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧
Tetapkan harga jualan yang bersesuaian dengan keadaan rumah anda. Dinasihatkan agar penjual tidak menjual pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Anda juga boleh dapatkan khidmat semakan anggaran harga pasaran pada ejen hartanah anda bagi memastikan harga jualan tersebut bukanlah harga kayangan.
Nilai pasaran adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya permintaan semasa, pasaran ekonomi, lokasi, keadaan rumah dan lain-lain faktor. Tambahan, sebarang renovasi penyambungan rumah yang tidak mempunyai kelulusan pihak majlis tidak diambil kira pada peningkatan nilai pasaran.
.
𝟑) 𝐆𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤
Gambar yang diambil dan dimuat naik dalam iklan perlulah menarik dan pada standard yang betul. Gambar perlulah jelas dan tidak gelap serta boleh memberikan ekspersi yang bagus pada orang yang melihatkan. Dinasihatkan agar mengambil gambar dalam posisi landscape atau melintang serta pada sudut yang betul. Gambar memainkan peranan sangat penting dalam proses pengiklanan/pemasaran rumah.
.
𝟒) 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧
Pemasaran rumah perlulah dilakukan secara konsisten dan perlu ada target pembeli bagi memudahkan proses pemasaran. Iklankan di platform yang benar seperti Facebook, Mudah.my, Iproperty, Propertyguru, Propwall etc serta gunakan kata kunci yang betul yang memudahkan proses carian kepada pembeli.
Anda juga perlu sentiasa update prospek pembeli dan adakan proses viewing pada waktu yang bersesuaian dengan pembeli seperti hujung minggu atau luar waktu bekerja.
.
𝟓) 𝐅𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢
Tidak semua pembeli mampu untuk menyediakan 10% deposit terutamanya golongan muda atau B40. Penjual mungkin boleh pertimbangkan bagi pembeli yang ingin menggeluarkan wang simpanan KWSP atau membuat pinjaman rumah 100%. Anda mungkin tidak menerima wang jualan di awal waktu akan tetapi sekiranya anda ingin menjual rumah anda dengan segera, permudahkan proses pembelian tersebut.
.
𝟔) 𝐂𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚
Sekiranya kawasan tersebut terdapat banyak persaingan, anda perlu tahu kelebihan rumah anda dan kenapa pembeli harus memilih rumah anda, sebagai contoh: rumah anda berhampiran dengan kawasan riadah atau lokasi rumah anda berhampiran dengan pintu masuk utama. Kelebihan seperti ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pembeli untuk membeli rumah tersebut.
.
Kaji semula kenapa rumah anda susah nak jual dan cuba aplikasikan keadah-kaedah ini. Tidak salah kita mencuba.
#tipshartanah
#tipsjualbelirumah
Comment