SHARE AND LIKE THIS POST
PKP, macam mana saya nak beli rumah? Beli Rumah Online.

Impak daripada Pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan, pasaran hartanah telah terjejas dimana sesetengah kawasan dan jenis hartanah telah mengalami penurunan harga. Tambahan pula, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif seperti pengecualian duti setem, pengecualian cukai keuntungan serta Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi membantu rakyat untuk memiliki kediaman.

Justeru, bagi mereka yang tidak terkesan dengan PKP dan berkemampuan untuk membeli rumah, mereka merasakan inilah peluang dan masa yang terbaik bagi mereka membeli rumah. Tetapi ketika dalam tempoh PKP, bagaimana ingin membeli rumah? Rakyat tidak dibenarkan untuk keluar lebih daripada 10km, tidak boleh membuat lawatan dan pemeriksaan rumah, rumah contoh tidak dibuka dan banyak lagi halangan. Jadi bagaimana ingin membeli rumah pada waktu sekarang?

Walaupun negara masih lagi dalam tempoh PKP, anda boleh membeli rumah. Caranya adalah:-

๐Ÿ) ๐ƒ๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง/๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐‘๐„๐

Sekiranya rumah tersebut adalah projek baharu, banyak maklumat yang perlu dan boleh anda perolehi seperti lokasi projek,pelan tapak, jumlah unit yang dibina, saiz unit bagi setiap jenis, jumlah unit yang telah terjual, tahun projek dijangka siap dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh dapatkan flyers/brochure untuk lihat gambar-gambar projek.

Bagi rumah sekunder (subsale) pula, anda boleh dapatkan gambar rumah sebanyak yang mungkin bagi bahagian dalam dan luar. Dengan ini anda boleh ketahui keadaan semasa rumah dan semua ini boleh dihantar melalui email atau whatsapp. Segala dokumen penting, anda boleh minta REN untuk memberikan salinan.

๐Ÿ) ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐ค๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง

Semakan kelayakan untuk pembeli adalah penting bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman bank. Kebiasaannya REN akan meminta sedikit maklumat mengenai anda bagi semakan kelayakan sebelum memberikan dokumen rumah. Pembeli seharusnya memberikan kerjasama yang penuh untuk REN tahu tahap serius anda membeli rumah tersebut. Bagi pembeli yang sudah tahu kelayakan pinjaman masing-masing, anda juga digalakan untuk memberikan kerjasama supaya pengesahan kelayakan dapat dilakukan.

๐Ÿ‘) ๐Œ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐‘๐„๐ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ข ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก

Anda boleh meminta REN untuk membuat penerangan bagi proses beli rumah atau penerangan tentang projek tersebut secara atas talian melalui aplikasi Zoom, Google Meet, Whatsapp dan sebagainya. REN boleh menggunaakan vitual tour untuk menunjukkan keadaan rumah bahagian dalam dan luar dan pembeli boleh bertanya soalan/penjelasan sebanyak yang mungkin kepada REN. Penting untuk pembeli bertanya untuk mengelakkan perselisihan faham dan tidak jelas mengenai proses membeli rumah.

Antara soalan yang anda perlu tanya adalah seperti berkenaan dengan proses bayaran booking, proses membuat pinjaman rumah, proses tandatangani perjanjian pinjaman dan perjanjian jual beli (SPA) seterusnya sehingga proses penyerahan kunci. Pastikan anda jelas setiap langkah dalam membeli rumah dan sentiasa update dengan REN.

๐Ÿ’) ๐๐š๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง ๐›๐จ๐จ๐ค๐ข๐ง๐ 

Sekiranya tiada masalah dan anda berpuashati dengan rumah tersebut, anda boleh membuat bayaran booking atau earnest deposit bagi rumah tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda fahami dan berhati-hati ketika ingin membuat pembayaran iaitu:

  • Bayaran booking perlulah dibuat ke atas nama pemaju atau syarikat ejen hartanah berdaftar sahaja. Sekiranya anda diminta untuk membuat pembayaran ke akaun persendirian, sila jangan buat pembayaran tersebut kerana ditakuti ada unsur penipuan.
  • Dapatkan pengesahan mengenai tempoh bagi penyediaan dan menandatangani dokumen Perjanjian Jual Beli (SPA). Tempoh biasa adalah 14 hari dari tarikh bayaran booking atau selepas penerimaan penjual (Perjanjian Untuk Pembelian). Tempoh ini seharusnya diubah kepada tempoh yang lebih munasabah contohnya 21 hari memandangkan situasi sekarang, namun perlu ditambah syarat di bawah terma ‘Other Conditions’.
  • ย Anda harus tekankan pada perkara ini dimana anda perlu nyatakan dengan jelas dan lengkap sebarang syarat atau terma yang dipersetujui bersama. Contoh terma yg boleh dimasukkan:-
  1. “Tempoh utk menandatangani SPA (dalam klaus di atas) hanya akan bermula apabila PKP penuh tamat. Pengesahan tarikh akan dimaklumkan dan dpersetujui bersama sekali lagi kemudian.”
  2. “Tertakluk pada kelulusan pinjaman. Deposit penuh dipulangkan jika pinjaman gagal.”
Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan berbelah bahagi hendak membeli rumah pada masa kini, sila buat pertimbangan dengan bijak dan jangan lepaskan peluang yang ada.
Comment

BERI MAKLUM BALAS