Beberapa perkara yang tuan rumah perlu ambil peduli bagi memastikan keadaan rumah anda dalam keadaan baik sekaligus meningkatkan kadar sewaan.
𝟭) 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵.
Bagi rumah bertanah, tuan rumah haruslah memastikan kawasan sekitar rumah bersih seperti memotong/memesin rumput berkala. Ini bagi mengelakkan daripada binatang yang berbahaya seperti ular, lipan dan sebagainya.
𝟮) 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Tuan rumah perlulah sentiasa memastikan keadaan rumah sentiasa baik dimana tiada keretakan dinding, kerosakan bumbung atau atap rumah, kerosakan siling rumah serta kerosakan besar yang lain bagi memastikan penyewa mendiami rumah tersebut dengan selamat.
𝟯) 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸
Sekiranya rumah tersebut agak berusia, kehadiran serangga perosak seperti anai-anai, semut, lipas dan serangga yang membina rumahnya di celah-celah kayu sering berlaku. Tuan rumah boleh melakukan penyemburan racun serangga atau menggunakan khidmat pengurusan haiwan perosak. Selain itu, haiwan seperti tikus juga perlu disingkirkan bagi menjaga kebersihan serta kesihatan penyewa.
𝟰) 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Peralatan dirumah seperti elektrikal, saluran paip sinki, peralatan dibilik mandi dan lain-lain perlulah sentiasa diselenggara. Kebanyakan tuan rumah tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi dan mengambil keputusan untuk melakukan penyelenggaran sendiri. Dinasihatkan supaya tuan rumah menggunakan khidmat yang pakar atau mengganti peralatan baru bagi kerosakan besar untuk mengelakkan kerosakan jangka panjang.
𝟱) 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗲𝗷 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵
Tuan rumah haruslah memastikan rumah tersebut kelihatan baik diluar mahupun di dalam untuk tarikan penyewa. Tuan rumah digalakkan untuk mengecat rumah terutamanya bagi dinding yang kelihatan buruk akibat daripada kulat. Ini dapat memberi keselesaan kepada penyewa.
-Asma-