SHARE AND LIKE THIS POST

Sebelum mula untuk mengumpul, anda perlulah ada target rumah dan berapa jumlah yang perlu dikumpul. Beli rumah ikut pada kemampuan anda serta bayaran bulanan pada bank. Anda boleh buat semakan sendiri dengan menggunakan kalkulator pinjaman rumah untuk mendapat anggaran kelayakan pinjaman.

𝟭) 𝗔𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝟭𝟬% 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗚𝗮𝗷𝗶.

Asingkan 10% untuk simpanan deposit rumah sebelum membayar komitmen yang lain. Setiap kali gaji masuk, ini perkara pertama yang anda perlu lakukan.

𝟮) 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴.
Walaupun anda sudah asingkan 10% daripada gaji, sediakan juga tabung untuk anda menabung ikut kemampuan. Paling tidak RM1 sehari kalau tidak mampu RM5 dan kalau boleh jangan gunakan langsung duit tabung tersebut.
𝟯) 𝗥𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻.
Walau perkara ini nampak leceh dan remeh, tetapi anda akan lihat dengan jelas kemana duit gaji yang anda gunakan. Daripada rekod perbelanjaan tersebut, anda boleh buat plan kewangan dengan bijak.
𝟰) 𝗣𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗡𝗮𝗳𝘀𝘂.
Fokus dengan matlamat utama iaitu mengumpul duit untuk membeli rumah. Maka apa saja perbelanjaan yang mengikut nafsu perlulah anda elakkan.
𝟱) 𝗖𝗮𝗿𝗶 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻.
Anda juga boleh mencari duit sampingan untuk tambahan mengumpul duit. Anda boleh buat kerja sampingan atau join dropship, menjadi ejen dan sebagainya yang tidak memerlukan modal bagi memulakan perniagaan kecil anda.

𝟲) 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝟮

Anda boleh gunakan simpanan KWSP akuan 2 sebagai deposit beli rumah. Simpanan KWSP boleh disemak secara online di https://www.kwsp.gov.my/ untuk menyemak jumlah simpanan anda.

Comment

BERI MAKLUM BALAS