Berita baik (mungkin..) bagi kakitangan rumah yang terkesan dengan arahan had maksimum potongan gaji 60% yanng dikuatkuasakan sebelum ini.
Kerajaan telah mengumumkan pada 13 November 2017 bahawa arahan tersebut dikecualikan untuk pengiraan bagi pembelian rumah dan ini pastinya melegakan beribu kakitangan awam yang terkesan sejak ia dikuatkuasakan.
Bagi mereka yang terkesan kini bolehlah mencari semula rumah idaman anda tetapi dalam masa yang sama perlu cuba mengurangkan komitmen lain terutamanya berkaitan pinjaman peribadi yang banyak memberi kesan kepada kelayakan sebelum ini.
Comment