Perkara yang mungkin ada ramai lagi yang belum tahu atau tak jelas tentang jenis lelongan hartanah khususnya yang baru nak belajar-belajar beli hartanah lelong.
1) Loan Agreement Cum Assignment – atau dalam panggilan biasanya LACA. Merupakan lelongan utk hartanah yang dilelong berdasarkan Deed of Assignment. Biasanya hakmilik individu belum dikeluarkan dan bank hanya memiliki hak sebagai ‘Assignee’. Lelongan biasanya dijalankan di pejabat pelelong atau jika acara lelongan lebih besar seperti Mega Auction, kadangkala dijalankan di hotel.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 120 hari.
2) Lelongan Mahkamah Tinggi – diadakan di mahkamah tinggi di negeri berkenaan. Khusus untuk hartanah yang mana hakmmilik individu telah dikeluarkan dan didaftarkan di bawah hakmilik pendaftaran Negeri.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 90 hari.
3) Lelongan Pejabat Tanah – diadakan di Pejabat Tanah daerah diberkenaan. Khusus untuk hartanah yang mana hakmilik individu telah dikeluarkan didaftarkan di bawah hakmilik Pejabat Tanah daerah.
Tempoh penyelesaian baki harga belian : 90 hari.
Inilah 3 tempat yang biasanya lelong diadakan. Deposit yang perlu disediakan adalah 10% dan pastikan anda tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman jika bercadang sedemikian kerana deposit ini akan hangus jika anda gagal meneruskan pembelian/gagal mendapatkan pinjaman.
Ingin membeli hartanah lelong? Lihat senarai hartanah lelong diย http://listing.ziyadproperty.com/for-auction/
Sila hubungiย Ziyad Property Consultantsย untuk lelongan negeri-negeri lain yang tiada di dalam senaraian atau mempunyai pertanyaan lanjut.


