SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan skim sewa beli rumah kepada penjawat awam bagi mengatasi masalah pemilikan kediaman terutama mereka yang baru bekerja. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, berkata cadangan itu masih baharu di peringkat perbincangan dan diharap dapat dilaksanakan menjelang 2018.

“Ramai dalam kalangan penjawat awam yang sudah bersara tidak mempunyai rumah sendiri.

 

Setiap bulan kami menerima permohonan daripada pesara yang mahu terus tinggal di kuarters kerajaan. Ada antara mereka yang menggunakan nama anak mereka yang berkhidmat dengan kerajaan sebagai penama bagi memastikan mereka terus tinggal di kuarters

 

Ini adalah tidak adil kerana terdapat ramai pemohon yang berada dalam senarai menunggu bagi mendapatkan kuarters. ”

 

Di Putrajaya sahaja terdapat 22,000 pemohon yang sedang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan kuarters,”

katanya selepas Perasmian Kompleks Kediaman Kakitangan (KKA) Jalan Cochrane di sini, dan penyampaian kunci kepada 261 kakitangan awam, hari ini.

Ali berkata, bagi mengatasi masalah pemilikan rumah kakitangan awam, kerajaan sudah melaksanakan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) dan terbaharu pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan skim sewa beli.

Comment

BERI MAKLUM BALAS