Kerajaan mengumumkan 2 dasar baharu bagi projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dalam usaha untuk memastikan golongan sasar iaitu golongan berpendapatan sederhana mendapat nilai terbaik darinya.
Dalam pengumuman tersebut yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 2 dasar baharu itu adalah menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah untuk pembelian PR1MA daripada RM10,000 kepada RM15,000.
Dasar kedua yang dilakukan pembaharuan dan penambahbaikan adalah mengurangkan tempoh moratorium, iaitu tempoh yang menhalang penjualan dan sewaan daripada 10 tahun kepada hanya 5 tahun.
Tips Hartanah dalam satu artikel terdahulu ada mengulas mengenai kesan tempoh moratorium 10 tahun tersebut kepada pembeli dan Alhamdulillah kerajaan dan PR1MA sedar akan kesan tempoh moratorium yang panjang tersebut.
Dengan memendekkan tempoh moratorium ini, antara kesan yang mungkin dapat dilihat pada perumahan PR1MA adalah ianya akan lebih berdaya saing di mana pemilik akan dapat menjualkannya semula selepas tempoh 5 tahun dan nilainya mungkin juga akan meningkat akibat permintaan tinggi. ย Lebih ramai juga dijangka akan memohon untuk membeli PR1MA selepas perubahan dasar ini kerana tempoh 5 tahun merupakan suatu tempoh yang munasabah untuk sesuatu keluarga itu mula berkemampuan dan merancang untuk menaiktaraf kepada rumah yang lebih besar.

Oleh itu dengan tidak terikat untuk menyimpan rumah pertama yang dibeli di bawah program PR1MA, mereka akan dapat menjual rumah tersebut dan membeli rumah lain tanpa perlu risau akan komitmen yang bertambah jika mempunyai 2 rumah. ย Dalam masa yang sama, nilai yang meningkat untuk rumah pertama PR1MA tersebut juga akan menjadi simpanan pasif untuk mereka dan boleh digunakan untuk bayaran deposit hasil keuntungan jualan rumah tersebut.
Jika anda masih ragu-ragu untuk membeli rumah PR1MA sebelum ini, saya syorkan untuk tidak lagi bersikap sedemikian kerana ianya amat berbaloi untuk dibeli disamping harga yang menarik.
Dalam masa yang sama, jangkakan persaingan yang lebih tinggi untuk mendapatkan rumah PR1MA kerana had kelayakan sudahpun dinaikkan dari RM10,000 kepada RM15,000 dan ini bermakna lebih ramai yang boleh memohon rumah PR1MA.
Saya ingin medapatkan pengesahaan untuk tempoh 5 tahun ini dikira dari tarikh mana?
Tarikh perjanjian jualbeli