Banyak betul kes pinjaman ditolak akhir-akhir ni… selain dari syarat pinjaman yang ketat sebenarnya kita sendiri adalah faktor mengapa pinjaman ditolak.
Ramai yang rasa kecewa dan sedih apabila pinjaman ditolak… apatah lagi jika permohonan tersebut berkaitan pembelian rumah pertama dengan harapan yang tinggi. Bayaran deposit awal 3% telah dibayar, dokument telah disediakan, pergi balik pejabat KWSP, bank untuk dapatkan penyata yang dikehendaki… tup..tup.. bank kata permohonan gagal.. **SEDIH**
Sebab saya terfikir untuk berkongsi sedikit berkenaan pembelian dan dan permohonan pinjaman ni.. supaya anda tidak perlu membuang masa untuk sesuatu yang kadangkala anda sendiri tahu akan gagal.
Perkara utama yang anda perlu ketahui sebelum bercadang membeli rumah:-
REKOD KREDIT PINJAMAN ANDA (CCRIS). Pada masa ini jika anda mempunyai kelewatan pinjaman sedia ada sehingga 2 bulan, sila ‘settlekan’ terlebih dahulu sebelum meneruskan niat anda untuk membeli. Untuk menyemak laporan CCRIS anda, sila layari http://creditbureau.bnm.gov.my
KOMITMEN PINJAMAN. Secara amnya, bank memberikan nisbah khidmat hutang atau biasa dikenali sebagai ‘Debt Service Ratio’ (DSR) pada kadar 60%-70% dari GAJI BERSIH anda. Ya.. gaji BERSIH selepas ditolak komitmen semua potongan dalam slip gaji anda dan juga pinjaman (CCRIS) sedia ada.
REKOD BLACKLIST/CTOS. Ni paling utama.. sangkut di sini, boleh abaikan dua yang atas. Ada banyak sebab nama anda boleh disenaraihitam. Antaranya bankrap akibat tidak membayar hutang ataupun anda pernah menjadi penjamin utk hutang yang tidak berbayar, sama ada secara anda sedar atau tidak. Ini boleh disemak dengan CTOS.
Olet itu secara ringkasnya, punca-punca utama permohonan pinjaman anda ditolak adalah disebabkan:-
Nama anda disenaraihitam.
Rekod pinjaman tidak baik – kelewatan bayaran pinjaman
Anda tidak layak memohon jumlah pinjaman tersebut (lebih dari kelayakan.
Ingin menambah hutang/pinjaman tetapi tiada pendapatan tambahan.
Dokumen tidak lengkap. Cuba lengkapkan jika ini alasannya.
Pendapatan tidak tetap – contohnya seorang peniaga kecil tanpa akaun bank yang teratur atau bekerja dengan ‘commission based’.
Saya syorkan anda semak semua perkara-perkara ini sebelum bercadang untuk membeli rumah kerana jika tidak anda hanya membuang masa anda melihat rumah dan menyediakan semua dokumen untuk permohonan yang akhirnya anda sendiri boleh jangkakan kebarangkalian untuk pinjaman anda lulus adalah rendah.