KUALA LUMPUR 14 Sept. – Prestasi jualan hartanah bagi separuh pertama tahun ini merekodkan penurunan ketara daripada 5,195 unit terjual pada separuh kedua 2015 kepada 2,829 unit.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, daripada jumlah itu, hartanah kediaman teres dua hingga tiga tingkat merekodkan jualan terbanyak dengan jumlah 1,473 unit diikuti apartment dan kondominium 548 unit dan apartment perkhidmatan 267 unit.
Comment