Bank Negara Malaysia(BNM) mengumumkan kenaikan baru OPR atau Overnight Policy Ratedaripada 3% kepada 3.25%. Dalam frasa Bahasa Malaysianya bermaksud “Kadar Faedah Semalaman”
Hampir keseluruhan pemilik hartanah mengetahui apa itu BLR dan fungsinya, jadi ini ialah penjelasan ringkas untuk yang kurang faham. BLR itu sendiri tidak ditentukan oleh Bank Negara, tetapi ditetapkan oleh Bank itu sendiri. Setiap bank memiliki kadar BLR tersendiri. Tetapi BLR sangat berkait rapat denganย OPR (Overnight Policy Rate ,atau Kadar Dasar Semalaman) dimana pihak Bank Negara sendiri yang berkuasa. Apa yang perlu difahami tentang OPR bukan sesuatu yang sukar, tetapi ia mengambil kira semua faktor yang menentukan kedudukan ekonomi seperti inflasi, kadar pertumbuhan ekonomi, risiko yang mungkin dihadapi โ secara amnya keseluruhan ekonomi.
BNM akan mengubah nilai OPR bergantung kepada jumlah wang yang ingin berada dalam pasaran berkadaran dengan jumlah dalam simpanan. Satu perkara yang kita perlu tahu ialah OPR tidak akan mengubah BLR, tetapi faktor lain seperti kadar faedah untuk deposit tetap, kadar tukaran wang asing dan kadar faedah untuk pinjaman jangka masa pendek mahupun panjang, dimana sedikit sebanyak akan menentukan harga untuk setiap barang ataupun perkhidmatan, kos pengambilan pekerja dan faktor lain yang akan memainkan peranan dalam ekonomi Negara kita.
Sumber: ย Loanstreet
Industri hartanah dijangka menunjukkan trend positif pada separuh kedua tahun ini berbanding separuh pertama yang agak suram. Ini disebabkanย langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini akan merangsang kuasa beli pengguna, sekali gus mengukuhkan kembali sektor hartanah.
Dengan pengumuman penurunan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) oleh kebanyakan bank sejajar pengumuman BNM pada 13 Julai lalu untuk menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, ia memberi kesan positif kepada pemilikan rumah terutama kepada pembeli kali pertama,” katanya.
Sumber: Berita Harian