Posting ini adalah sambungan kepada bahagian pertama DI SINI.
Sekiranya anda sudah membaca bahagian pertama sebelum ini, pastinnya anda tahu bahawa 2 perkara yang saya tekankan adalah PELUANG dan TINDAKAN. Ini adalah penting supaya anda tahu bila untuk mencari peluang… dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya.
Sebelum tu saya ingin kembali kepada topik artikel ini… “Rumah memang mahal… tapi jangan ‘jual mahal’. Jangan salah faham maksud “Jual Mahal” di sini.. bukannya saya menyuruh anda tidak menjual rumah atau hartanah anda dengan harga mahal.. tetapi jangan “jual mahal” bila ada orang menawarkan anda peluang yang tidak harus anda lepaskan.. contohnya apabila ada rumah yang ingin dijual pada harga yang rendah atau di bawah harga pasaran.
Dalam contoh yang saya berikan sebelum ini.. peluang seperti inilah yang membolehkan anda memiliki rumah yang anda mampu pada harga di bawah harga pasaran.. maksudnya.. ada kemungkinan anda boleh membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak atau langsung tidak perlu mengeluarkan duit sebagaimana dalam pengalaman saya yang saya nyatakan terdahulu.
Untuk mencari PELUANG seperti ini, apa yang perlu anda ketahui dan boleh anda lakukan ialah:-
1) Bertanya kepada pemilik rumah jika anda menyewa rumah berkenaan jika beliau ingin menjual rumah tersebut.
2) Jika ya, tanyakan berapa harga yang ingin dijual dan adakah beliau mahukan penjualan segera. Kebanyakan penjual mungkin tidak terdesak untuk menjual rumah mereka, oleh itu mereka biasanya hanya menjual pada harga pasaran.
3) Terdapat kemungkinan ada pemilik yang ingin menjual dengan cepat atas beberapa faktor.. antaranya mahukan duit yang cepat atas sebab-sebab tertentu, penceraian, tindakan lelongan, dan lain-lain. Pemilik seperti ini dipanggil sebagai ‘motivated seller’ yang mana biasanya mereka sanggup untuk menjual pada harga yang lebih rendah asalkan dapat menjualnya dengan cepat.
4) Selain pemilik rumah, anda boleh cuba mendapatkan peluang seperti ini melalui ejen hartanah ataupun pelelong. Kadangkala, atau biasanya mereka memang mengetahui peluang-peluang sebegini. Sebaiknya anda mendapatkan khidmat ejen atau menghubungi pelelong yang anda kenal atau melalui kenalan anda yang sudah menggunakan khidmat ejen atau pelelong supaya anda mengetahui tahap service mereka.
5) Jika anda tidak menyewa atau pemilik rumah tidak mahu menjual… dan malu atau tidak mengenali mana-mana agen atau pelelong, perkara lain yang boleh anda lakukan adalah mencari sendiri. Dan cara yang paling mudah adalah melalui INTERNET.. rajin2 mencari iklan rumah untuk dijual di internet.. contoh laman web paling mudah adalah mudah.my. Hati-hati jika mencari melalui internet kerana ada pelbagai kemungkinan yang ada (dalam bahasa lain.. ada penipu yang mungkin wujud).
Sekiranya anda telah menemui PELUANG melalui apa yang saya nyatakan di atas… seterusnya apa yang perlu anda lakukan adalah membuat TINDAKAN…
1) Ketahui harga pasaran dan runding harga terendah yang ingin dijual
2) Semak kelayakan pinjaman anda (walaupun ini seharusnya dilakukan lebih awal)
3) Hubungi peguam, sediakan perjanjian jual beli dan perjanjian lain yang sepatutnya.. atau..
4) Untuk lebih mudah.. hubungi TIPSHARTANAH untuk khidmat nasihat sepenuhnya.. 🙂