Seronok juga sekarang ni baca banyak kisah-kisah orang muda semakin ramai yang membeli rumah.. bukan sebuah.. tapi berbuah-buah rumah. Tapi pada yang tak mampu nak beli ‘beberapa’ buah pun tidak mengapa kerana yang penting sekurang-kurang kalau boleh ada sebuah rumah sendiri tempat berteduh jika berlaku perkara tidak diingini.
Baru-baru ni kisah seorang pemuda berusia 26 tahun mampu membeli 3 buah rumah walaupun dengan pendapatan RM2000+ juga sangat menarik saya. Teringat kisah saya dahulu.. lebih kurang sama.. nak beli rumah yang cantik dan besar terus memang tak mampu.. jadi cukuplah beli rumah flat kos rendah dulu. Pada ketika itu umur saya baru 24 tahun.. tak sampai setahun bekerja.. gaji pun RM1,300. Beli flat lama terletak di Ampang. Saya rasa kalau kebanyakan orang tengok pun mungkin ramai yang tak sanggup nak tinggal.. huhu. Saya sendiri pun tak tahu macamana saya boleh terbeli.. mungkin rezeki atau Allah telah atur untuk saya… dan yang menarik lagi beli rumah tu saya boleh dapat cash lagi tanpa keluar sebarang duit selepas kos lawyer ditanggung ‘penjual’ a.k.a pelabur/broker.. Mungkin dia pun dapat harga sangat rendah. Excitement bila tahu pinjaman rumah tersebut lulus pun serupa macam yang diceritakan dalam kisah di atas. Almaklumlah.. pinjaman pertama rumah..
Rumah flat tu saya sempat tinggal dalam setahun… kemudian saya sewakan.. dan terus jual kepada penyewa berkenaan. Jual harga yang sama sebab nilai pasaran tak meningkat. Takde untung.. tapi saya pun tak rugi sebab sepanjang saya tinggal, kos ansuran bulanan lebih rendah daripada kadar sewaan di situ selain dapat cash.
Saya kemudiaannya berpindah ke Kepong, sebuah apartment yang saya sewa pada harga yang lebih rendah daripada kadar pasaran. Selepas tinggal beberapa tahun, pemilik ingin menjual kerana ingin menggunakan wang. Saya bertanyakan harga dan berunding untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan akhirnya penjual setuju untuk menjualkannya pada harga RM75,000 iaitu lebih kurang 17% lebih rendah dari harga pasaran. Ini membolehkan saya membeli rumah.. sekali lagi TANPA PERLU mengeluarkan duit dari poket saya. Kos peguam? itu semua telah saya ‘deal’ bersama penjual dan peguam supaya saya dapat membayar kemudian setelah mendapat baki lebihan dari pinjaman 90% dari harga pasaran.. Nak tahu detail..boleh buat kira-kira sendiri.
Jadi saya dah pun membeli dua rumah tanpa perlu mengeluarkan duit.. Kunci kepada perkara ini yang ingin saya ‘highlight’ di sini adalah.. PELUANG dan TINDAKAN. Kadang-kadang ramai yang ada peluang, tapi tidak tahu cara untuk berunding dengan penjual atau tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan. Disinilah bergunanya ilmu serba sedikit mengenai hartanah. Pada zaman saya dahulu tidak banyak perkara dikongsikan di internet, tapi ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk anda kerana pada masa sekarang, saya fikir beribu-ribu ilmu berkaitan pembelian dan pelaburan hartanah dikongsikan di interenet. Cuma jangan terlalu mengambil masa yang panjang untuk mencari peluang… kerana apa yang penting ialah kerjasama.. TINDAKAN.
Seterusnya, apabila mula memiliki rumah tanpa sebarang kos… tanpa kita sedar nilainya akan naik dan di sinilah kelebihan memiliki hartanah. Inilah perkara penting yang saya fikir semua orang terutamanya golongan muda harus ambil perhatian… kenapa mereka perlu segera membuat komitmen pada pemilikan rumah dan bukannya pada kereta mahal atau menanggung hutang kad kredit akibat selalu menukar gajet2 terkini. Kepada yang belum membaca posting saya dahulu Coretan Untuk Mereka Yang Masih Tidak Memiliki Rumah … mungkin boleh baca dulu posting tu… Dengan mula memiliki hartanah juga sebenarnya membolehkan anda memiliki kereta yang disubsidi oleh lebihan sewa dari pemilikan rumah-rumah .. (ini topik lain la ye)..
Posting ini pun sebenarnya adalah lanjutan dari posting di atas yang mana saya ingin tekankan kepada semua betapa pentingnya untuk membeli rumah yang anda mampu secepat yang mungkin. Tidak ramai yang mungkin boleh mengumpul duit sebanyak RM100,000 atau lebih dalam masa 5-10 tahun tetapi saya fikir ramai yang masih mampu membeli rumah pada harga sekitar RM100,000. Kenaikan nilai rumah inilah yang akan menjadi ‘simpanan tetap’ untuk anda gunakan membeli rumah lain jika anda bercadang pada masa hadapan. Selain itu saya ingin anda tahu bahawa setiap masa pasti akan ada rumah yang dijual di bawah harga pasaran.. dan rumah inilah yang harus anda beri perhatian dan keutamaan jika anda tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk membayar deposit dan kos-kos lain.
Ada yang bertanya… masih adakah rumah berharga sekitar RM100,000? atau susah ke untuk mencari rumah untuk dijual di bawah harga pasaran. jawapannya saya pun sukar nak jawab. Bagi saya mungkin sukar tetapi tidaklah sesukar mana. Memandangkan posting ni dah panjang.. nanti saya akan sambung lagi esok. Boleh la saya sambung semula kenapa jangan jual mahal walaupun memang semua dah tahu rumah memang mahal..
[…] Posting ini adalah sambungan kepada bahagian pertama DI SINI. […]