SHARE AND LIKE THIS POST

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kerajaan bersetuju menjual rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara pada harga RM35,000 sebuah kepada mana-mana individu layak.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Hueng berkata, langkah itu sejajar dengan keputusan Kabinet baru-baru ini yang mahu penjualan rumah PPR memberi lebih banyak kebaikan kepada golongan yang layak.

ย‘ย‘Kabinet berpendapat rumah yang dibina di bawah program PPR akan memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat, kita boleh menjual pada harga RM35,000 seunit.

ย‘ย‘Ia ada satu paras harga sahaja walaupun kos untuk membina sebuah rumah PPR melebihi RM100,000 dan ditambah pula, lokasinya adalah di kawasan strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di sini hari ini.

Berdasarkan pertanyaan kami dengan Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, unit-unit untuk jualan ini hanya dibuka kepada PENYEWA SEDIA ADA dan syarat-syarat adalah sama sebagaimana permohonan untuk menyewa PPR yang boleh dirujuk di SINI. Untuk PPR di negeri lain, pertanyaan bolehlah dibuat ke Bahagian Perumahan yang berkenaan.
Oleh itu, bagi mereka yang baru ingin memohon untuk pembelian PPR kemungkinan terpaksa menunggu sehingga semua penyewa yang sedia ada tidak berminat dan terdapat kekosongan di PPR berkenaan dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.
Comment

BERI MAKLUM BALAS