SHARE AND LIKE THIS POST

OK.. pertamanya jangan tersilap faham kerana Skim Rumah Pertamaku yang dimaksudkan di sini adalah bukan yang sama dengan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang ditawarkan oleh kerajaan.

Memandangkan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) tidak termasuk antara salah satu panel pembiaya di bawah SRP, mereka telah mengambil langkah proaktif dan atas inisiatif sendiri melancarkan produk pembiayaan baru yang dikenali sebagai ‘MBSB My First Home Scheme’.  Sebagaimana konsep SRP, pembiayaan dari MBSB ini menawarkan margin pinjaman sehingga 100% kepada pembeli rumah pertama dan yang menariknya ianya tidak terhad kepada had maksimum RM400,000 tetapi RM500,000 – suatu jumlah yang saya fikir sangat relevan kepada pembeli-pembeli rumah di sekitar Lembah Klang di mana harga hartanah adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, disebabkan MBSB sendiri yang memberikan pembiayaan 100% maka kadar pinjaman juga adalah lebih tinggi berbanding biasa atau berbanding pembiaya yang memberikan pinjaman di bawah SRP.  Ini disebabkan di bawah SRP margin pinjaman tambahan 10% untuk pembiayaan 100% adalah dijamin oleh kerajaan melalui Cagamas Berhad dan selebihnya sahaja dibiayai oleh bank pembiaya.

Dari segi syarat kelayakan peminjam pula, ianya adalah hampir sama iaitu peminjam berumur di bawah 35 tahun dan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun.  Untuk maklumat lanjut mengenai MBSB, sila layari laman web mereka di www.mbsb.com.my (setakat penulisan artikel ini tiada lagi maklumat lanjut mengenai MBSB My 1st Home Buyer Scheme di laman tersebut).

Untuk berita lanjut sila baca di bawah.

MBSB tawar biaya rumah RM500,000

AHMAD Zaini (kiri) bersama Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Runcit MBSB, Azman Aziz pada pelancaran pakej pembiayaan perumahan MBSB di Kuala Lumpur, semalam.

MALAYSIA Building Society Bhd (MBSB), melancarkan pakej pembiayaan perumahan terbarunya ‘MBSB My First Home Scheme’, yang menyamai konsep Skim Rumah Pertamaku, tetapi dengan beberapa tambahan bagi menyediakan pilihan kepada pembeli rumah.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman, berkata skim baru itu menawarkan pinjaman sehingga 100 peratus daripada harga belian rumah kepada pemohon yang layak dengan had maksimum harga rumah lebih tinggi iaitu RM500,000 berbanding RM400,000 di bawah Skim Rumah Pertamaku.
Kriteria kelayakannya hampir sama, iaitu pemohon berusia di bawah 35 tahun dan dengan tempoh maksimum bayaran balik sehingga 30 tahun. Ini sudah tentunya memberikan kelegaan kepada golongan muda baru bekerja untuk memiliki rumah. – Ahmad Zaini Othman, Ketua Eksekutif MBSB

Bagaimanapun, katanya kadar pinjaman asas (BLR) yang ditawarkan adalah tinggi sedikit kerana syarikat itu perlu menanggung 100 peratus risiko pinjaman, berbanding institusi yang menawarkan Skim Rumah Pertamaku yang hanya menanggung 90 peratus risiko, manakala 10 peratus lagi ditanggung Cagamas Bhd.

“Kriteria kelayakannya hampir sama, iaitu pemohon berusia di bawah 35 tahun dan dengan tempoh maksimum bayaran balik sehingga 30 tahun. Ini sudah tentunya akan memberikan kelegaan kepada golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun kami tidak terbabit dengan skim yang diumumkan kerajaan itu, MBSB bersedia menyahut cabaran memperkenalkan skim ini dan kami merangka keseluruhan pakej ini mengikut cara tersendiri dengan menilai dan menawarkan pinjaman yang menepati keperluan pelanggan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran skim pinjaman itu di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaini berkata, MBSB menyasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM500 juta di bawah skim pembiayaan perumahan baru itu sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, syarikat mempunyai dana yang mencukupi untuk menambah jumlah peruntukan untuk skim pinjaman itu sehingga RM1 bilion jika ia mendapat sambutan menggalakkan.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, MBSB kini semakin hampir untuk menjadi sebuah bank dan hanya menunggu beberapa kelulusan termasuk daripada Bank Negara Malaysia dan pemegang sahamnya.

Beliau menjelaskan, secara teknikalnya syarikat itu kini sudah pun memenuhi kriteria sebagai sebuah bank termasuk dalam operasinya dan produk yang ditawarkannya.

“Namun, masih memerlukan masa untuk kami mencapai hasrat menjadi sebuah bank dan ia tidak akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana ia bergantung kepada banyak pihak. Jika mereka mempercepatkan prosesnya maka kami amat mengalu-alukan,” katanya.

Sumber: Berita Harian (bharian.com.my)

Comment

16 KOMEN

  1. Saya ingi bertanya..adakah semua skim yang ditawarkan oleh MBSB hanya layak dipohon oleh Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun sahaja? Jika ya, bagaimana nasib kami yang berkerja dengan syarikat2 kecil?
    Terima kasih.

  2. Skim Rumah Pertamaku dari MBSB ini terbuka kepada semua individu sama ada kerajaan atau swasta selagi ianya memenuhi syarat yg ditetapkan spt Had Rumah sehingga RM500K serta ianya adalah pembelian pertama oleh pembeli.

  3. adakah anggota tentera layak untuk mengikuti skim rumah pertamaku dari MBSB??bagaimanakah Proses permohonan dan bagaimana cara pengiraannya..

  4. Salam,
    Kelulusan untuk permohonan pinjama untuk Skim Rumah Pertamaku adalah sama dengan permohonan pinjaman biasa. Bezanya adalah permohonan untuk SRP adalah sehingga 100%. Oleh itu mereka yang blaklisted, atau mempunyai rekod CCRIS yang tidak baik akan mempunyai masalah untuk kelulusan permohonan pinjaman SRP.
    Sekian.

  5. saya mempunyai akaun pembiayaan di MBSB. masalah sekarang bayaran bulanan rumah tersebut telah tertunggak masuk 4 bulan. oleh itu saya pernah memohon agar pihak mbsb dapat memberi penyelesaian untuk merendahkan bayaran bulanan tetapi mbsb masih mendesak untuk kami menyelesaikan bayaran bulanan tsbt dan jika tidak dapat diselesaikan rumah akan dilelong. jd tidak adakah skim pembiayaan perumahan mbsb blh tawarkan untuk menyelesaikan masalah ini bagi membantu peminjam?

BERI MAKLUM BALAS