Artikel ni saya tulis sebagai perkongsian dengan mereka yang berhadapan atau mungkin akan berhadapan (mudah2an tidak) dengan masalah rumah mereka yang akan dilelong. Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan di sini bahawa ianya mungkin berbeza untuk sesetengah bank dan apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya mengendalikan NPL Asset Management selama beberapa tahun untuk sebuah bank dan pelabur.
Berdasarkan pengalaman saya serta pemerhatian terhadap tindakan lelong ke atas rumah yang tidak dibayar pinjaman, saya dapati ramai peminjam (pemilik) seolah-olah cuba melarikan diri dari dihubungi bank apabila mereka gagal membuat bayaran ansuran bulanan rumah mereka.
Ingin saya tekankan di sini bahawa tindakan ini sebenarnya hanya merugikan dan menyusahkan diri anda (dan mungkin keluarga anda) sendiri kerana dengan mengelakkan diri dari dihubungi bank, anda sebenarnya menyatakan bahawa ‘terpulang kepada bank untuk membuat sebarang tindakan’ ke atas anda. Oleh itu, sebagai langkah pertama jika anda gagal untuk membayar ansuran bulanan rumah anda biasanya sehingga 3 bulan atau lebih… sebaiknya cuba pergi ke bank tersebut dan berunding dengan pegawai yang berkenaan…biasanya Bahagian Tindakan Undang-undang dan Pemulihan (Legal & Recovery Unit).. untuk berbincang tentang masalah yang anda hadapi dan memohon untuk penangguhan dan sebagainya. Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan atau cawangan bank pinjaman perumahan anda untuk bertanya lanjut pihak yang perlu anda berurusan untuk tujuan berkenaan kerana sesetengah bank mempunyai unit khas yang menguruskan peminjam yang mempunyai masalah pembayaran.
Sekiranya tindakan sudahpun melepasi peringkat di atas dan Notis Lelongan (pengisytiharan Jualan Lelong) telah dikeluarkan… adalah masih belum terlambat untuk anda terus menghubungi bank berkenaan untuk berunding. Biasanya notis lelongan dikeluarkan/diiklankan/ditampal pada hartanah 2 minggu sebelum lelongan diadakan. Dalam keadaan ini anda mungkin terpaksa mengeluarkan bayaran yang banyak kerana biasanya bank akan meminta anda untuk menjelaskan semua tunggakan walaupun dalam sesetengah keadaan anda boleh membuat rayuan untuk membayar sebahagian – bergantung kepada budibicara bank.
Dalam sesetengah keadaan di mana bank tidak mahu menerima bayaran anda dan ingin meneruskan lelongan, anda boleh membuat laporan/aduan terus ke Bank Negara mengenai permasalahan tersebut melalui Bank Negara LINK (Laman Informasi Nasihat & Khidmat) yang boleh anda layari di http://www.bnm.gov.my/bnmlink/bm/c1.htm
Sebaik menerima aduan pengguna, biasanya Bank Negara akan menghubungi Bank yang berkenaan untuk pengesahan dan jika benar aduan anda maka bank yang berkenaan biasanya akan menarik balik lelongan atau berunding semula dengan anda untuk penyelesaian.
Sebagai maklumat tambahan.. anda juga masih boleh menghubungi bank selagi rumah anda belum dilelong seperti 1 hari sebelum lelongan untuk membuat rayuan saat akhir agar rumah anda tidak dilelong.
Semoga sedikit tips pendek yang diberikan ini dapat membantu mereka yang menghadapi dilema rumah yang akan dilelong. Bagi anda yang tidak menghadapi masalah berkenaan, sebaik mungkin elakkan dari membuat bayaran yang lewat yang mana mungkin menjadi berlarutan dan akhirnya rumah dilelong.
Rancanglah pembelian rumah anda supaya pembayaran bulanan adalah dalam kemampuan sebagaimana yang ditekankan sebelum ini iaitu disekitar 30% dari pendapatan kasar atau lebih kurang 40-50% dari baki bersih pendapatan anda.
salam ….rumah dah nak kena lelong..mcamana cara nak buat supaya rumah dapat diselamatkan lagi….kalau tak ada pembeli pada hari lelong…adakah kita masih boleh membuat bayaran…adakah pihak bank akan memanggil semula untuk siasatan…
Salam ….rumah dah kena lelong dan dah ada pembida yang telah menang lelongan tersebut mcamana cara nak buat supaya rumah dapat diselamatkan lagi? Adakah kita masih berpeluang jika terpaksa membuat bayaran semua kos terlibat dengan pihak bank atau mungkinkah ada jalan lain untuk saya perbetulkan keadaan yang telah berlaku? Harap dapat pencerahan.
Terima kasih.
Salam ….rumah dah kena lelong dan dah ada pembida yang telah menang lelongan tersebut mcamana cara nak buat supaya rumah dapat diselamatkan lagi? Adakah kita masih berpeluang jika terpaksa membuat bayaran semua kos terlibat dengan pihak bank atau mungkinkah ada jalan lain untuk saya perbetulkan keadaan yang telah berlaku? Harap dapat pencerahan.
Terima kasih.
Maklum balas