SHARE AND LIKE THIS POST

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan hampir separuh daripada pemohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) gagal dalam permohonan mereka disebabkan gagal memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Sejumlah 505 pemohon, atau 47.5% daripada sejumlah 1,062 permohonan sehingga akhir Januari 2012 telah gagal, menurut kenyataan dari BNM. ย Daripada sejumlah 1,062 permohonan tersebut, 389 (36.6%) permohonan telah diluluskan oleh pelbagai bank, dimana sebanyak 280 menerima jaminan daripada Cagamas Bhd manakala 168 (15.8%) lagi sedang di dalam proses kelulusan oleh bank-bank yang berkenaan.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang dilancarkan pada bulan Mac 2011 menyasarkan golongan muda bekerjaya untuk mendapatkan pembiayaan 100% dari bank untuk pembelian rumah pertama mereka dengan harga maksimum RM220,000 (pembeli tunggal) atau maksimum RM400,000 (pembeli bersama – suami dan isteri) dengan jumlah pendapatan isirumah kurang dari Rm6,000.sebulan.

Permohonan boleh dibuat di mana-mana bank yang mengambil bahagian dan Cagamas akan memberikan jaminan 10% dari jumlah pinjaman apabila permohonan diluluskan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh BNM lanjutan daripada laporan yang mendakwa skim tersebut telah terjejas berikutan bank-bank yang tidak mahu mangambil risiko memberikan pinjaman kepada mereka yang mana pembayaran bulanan melebihi separuh daripada pendapatan mereka.

Bank Negara menyatakan untuk layak di bawah skim tersebut, pemohon perlulah mempunyai keupayaan membayar komitmen pinjaman mereka dengan memberikan bukti pendapatan, rekod kredit yang baik dan memenuhi syarat-syarat kelayakan SRP.

“Tujuan tersebut adalah untuk memastikan golongan peminjam muda tidak dibebankan dengan komitmen hutang yang boleh menyebabkan mereka bankrap atau rumah dilelong,” menurut Bank Negara.

Kepada mereka yang gagal dalam permohonan SRP, mungkin anda telah faham syarat-syarat berkenaan dan bolehlah mengambil langkah-langkah yang perlu supaya anda boleh memohon sekali lagi. ย Sebaiknya pastikan bayaran bulanan untuk pembelian rumah anda adalah disekitar 30% daripada jumlah pendapatan bersih anda dan rekod kredit anda untuk pinjaman-pinjaman lain adalah baik untuk tempoh setahun.

Jika anda memenuhi syarat-syarat SRP serta memenuhi garispanduan pinjaman yang telah ditetapkan oleh BNM, saya yakin tiada masalah untuk anda mendapatkan pinjaman rumah dibawah SRP.

Comment

BERI MAKLUM BALAS