Selamat Tahun Baru 2012!!
Berlalu setahun lagi dengan pelbagai kenangan bagi setiap orang. Bidang hartanah juga menyaksikan pelbagai perkara dan isu-isu menarik sepanjang tahun 2011. Antaranya adalah perubahan kepada Skim Rumah Pertamaku (SRP), Programa Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan pelbagai lagi.
Bajet 2012 yang telah diumumkan juga menyaksikan pelbagai perubahan positif yang menarik dan sudah pastinya dinantikan oleh ramai orang terutamanya bakal-bakal pembeli rumah. Dalam masa yang sama keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu juga bakal menghadirkan sedikit rasa gusar dikalangan pelabur dan juga bakal pembeli yang tidak mahu terjerat dengan peningkatan kadar BLR yang tinggi dan boleh memberikan kesan sebaliknya dari apa yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, Tips Hartanah akan terus memberikan yang terbaik untuk setiap peminat dan pembaca dalam memperolehi maklumat terkini serta informasi berguna yang mungkin dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dalam membuat pelaburan di dalam bidang hartanah.
Sekali lagi.. saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.