Ini adalah sambungan kepada posting Bajet 2012: Impak Kepada Pasaran Hartanah (Bhgn 1)
Selain dari apa yang telah saya ulaskan terdahulu di dalam Bahagian 1, berikut adalah beberapa lagi insentif dan perkara berkaitan hartanah yang dimaklumkan untuk Bajet 2012:-
6) Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai
Bagi mereka yang menghadapi masalah pembelian rumah yang terbengkalai, anda bolehlah menyemak dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang status projek berkenaan. Di dalam Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah sebagai tambahan lagi kepada 15,000 unit rumah yang berjaya dipulihkan melalui 82 projek perumahan terbengkalai dan memperolehi CF untuk diduduki.
7) Perubahan Kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT)
Dalam menangani isu spekulasi pasaran hartanah dan menyebabkan kenaikan harga hartanah yang mendadak, kerajaan telah meminda kadar cukai yang dikenakan di bawah RPGT. Kadar semasa 5% (sama rata) untuk pelupusan yang dibuat dalam tempoh 5 tahun pertama telah dipinda kepada kadar 10% cukai untuk pelupusan dalam tempoh 2 tahun pertama dari pembelian. Untuk tempoh berikutnya sehingga tahun kelima, kadar cukai kekal pada 5%. Walaupun usaha ini adalah baik dalam menangani isu spekulasi tersebut, saya berpendapat kadar cukai 10% untuk pelupusan dalam tempoh 2 tahun pertama adalah masih rendah dan mungkin masih gagal untuk terus membendung masalah spekulasi pasaran hartanah. Saya berpendapat kadar 20% adalah lebih sesuai dikenakan sebagaimana dikenakan suatu masa dahulu, dan jika boleh diimplementasikan semula kadar 30% untuk pelupusan tahun pertama. Kadar tinggi ini saya cadangkan kepada mereka yang melupuskan hartanah kedua dan sterusnya sahaja dan pengecualian untuk CKHT tetap diberikan untuk satu hartanah. Pendapat ini adalah berdasarkan kepada majoriti mereka yang melupuskan hartanah dalam tempoh 1-2 tahun pertama adalah spekulator yang membeli dan menjual hartanah mereka untuk keuntungan cepat. Selain itu, kadar untuk tahun ketiga juga seharusnya dinaikkan kerana sebahgian spekulator ini akan menunggu sehingga tahun ketiga (di mana kebanyakan projek baru siap dalam amsa 2-3 tahun) untuk mengelakkan kadar tinggi tersebut. Oleh itu, saya amat sangat berharap kadar seperti sebelum ini dapat digunakan semula seperti:-
Kadar Cukai Yang Dicadangkan
Pelupusan tahun pertama : 30%
Pelupusan tahun kedua : 20%
Pelupusan tahun ketiga: 15%
Pelupusan tahun 4 – 5: 5%
Pengecualian diberikan sekali dalam tempoh 20 tahun tanpa mengira tempoh pelupusan.
Selain dari perkara yang telah saya sebutkan di atas, perkara lain yang menarik untuk saya kongsikan bersama yang mana berkaitan dengan hartanah adalah beberapa projek di bawah Plan Rolling Kedua (RP2). Antara projek-projek mega yang telah di beri lampu hijau di bawah RMK10 adalah:-
1) Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru
2) Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Jabor-Kuala Terengganu
3) Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping
4) Lebuhraya Segamat-Tangkak
5) Lebuhraya Utama Tengah (Central Spine Expressway) KL-Kota Bahru
6) Pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau
7) Pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi
Semoga sedikit sebanyak maklumat yang diberikan ini mampu memberikan gambaran kepada semua pembaca Tips Hartanah tentang Bajet 2012 yang diumumkan baru-baru ini berkaitan dengan sektor hartanah.

[…] sambungan seterusnya di Bahagian 2. Sukakan posting ini? Sila kongsikan Blog this! Recommend on Facebook Buzz it up Share on […]
saya setuju pelupusan tahun pertama 30% cukai rpgt.disamping itu untuk membendung spekulatif warga asing tidak dibenarkan membeli landed property.