SHARE AND LIKE THIS POST

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui, kadar pinjaman asas (BLR) oleh kebanyakan bank kini telahpun dinaikkan secara efektifnya kepada 6.60% bermula pada 16 Mei 2011 yang lepas.

Bagi anda yang mempunyai pinjaman berdasarkan BLR, seperti BLR-2.0%, BLR+0% dan sebagainya, bank biasanya akan memaklumkan kepada anda jumlah pembayaran baru yang perlu anda lakukan.   Bagi anda yang mengambil pinjaman kadar tetap (seperti saya), anda hanya terus membuat pembayaran bulanan seperti biasa kerana kenaikan ini tidak memberikan sebarang kesan kepada pembayaran bulanan anda.

Sekian.

Comment

3 KOMEN

  1. Salam, apa lak maksudnya ‘pinjaman kadar tetap ‘ saudara tu? saya baru jer apply islamic loan 4 bulan lepas, dgn harapan bank apply konsep ‘pinjaman kadar tetap ‘…tapi tetiba dapat surat increase installment due to change in BLR… kena tipu lagi..cis…

    bank minta saya kena buat surat kalu nak maintain same payment…

  2. Salam Afidie,
    Pada awal pengenalan dahulu, pinjaman islamik menawarkan kadar tetap sahaja dengan kadar siling tertentu seperti 9%-10%. Walau bagaimanapun bank kini menawarkan kadar berbilang (multi-tier rate) untuk pinjaman islamik sebagai salah satu cara menjadikan ianya lebih kompetitif tetapi masih menawarkan kadar tetap yang lebih tinggi dari Kadar Keuntungan Asas (BFR). Saudara boleh bertanyakan kepada bank sama ada bank tersebut menawarkan kadar tetap atau tidak.
    Memandangkan pinjaman saudara berdasarkan BFR (sama seperti BLR), ianya akan tertakluk kepada kenaikan (atau penurunan) semasa.

BERI MAKLUM BALAS