Saya sekadar ingin mengulas sedikit berita 2 hari lepas mengenai kejadian 2 beranak yang rentung dalam kebakaran kerana bomba tidak mendapat akses ke rumah berkenaan ketika kejadian. Dilaporkan bahawa pintu palang keselamatan berkunci dan tiada pengawal bertugas yang berjaga semasa kejadian. Saya juga difahamkan bahawa bomba mengambil masa 5 minit (masa yang panjang dalam mengejar ketempat kebakaran) untuk memotong kunci palang tersebut sebelum boleh sampai ke tempat kejadian.
Menurut laporan di akhbar, suami mangsa juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas syarikat keselamatan tersebut atas ‘kecuaian’ yang berlaku.
Persoalan sekarang adalah Bagaimana konsep ‘gated community’ yang sepatutnya menjadi lebih selamat bertukar menjadi sebaliknya? Konsep kediaman yang semakin popular ini juga turut berkembang dan menjadi trend terutamanya di Kuala Lumpur & Selangor dan kerajaan juga baru sahaja meluluskan garis panduan konsep kediaman ini tahun lepas.
Di Selangor sahaja terdapat lebih 480 kawasan kediaman ‘gated community’ yang mana memerlukan sekurang-kurangnya 85% penduduk di kawasan berkenaan bersetuju untuk perlaksaan tersebut. Perlaksanaan ‘gated community’ ini juga memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana jika penduduk membuat halangan kepada jalan ia sebenarnya merupakan kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974. Terdapat juga di mana penduduk yang tidak setuju kerana mereka perlu membayar yuran syarikat keselamatan tersebut. Seperti biasa, lebih banyak pengawal yang diperlukan maka lebih tinggi kos yang perlu dibayar. Memandangkan kebiasaanya kawasan perumahan ini adalah terdiri daripada ‘landed’ seperti teres, semi-d, banglo dan sebagainya maka bilangan unit rumah tidaklah sebanyak bilangan rumah di dalam kondominium atau apartment. Ini seterusnya akan menyebabkan yuran yang perlu dibayar oleh setiap penduduk lebih tinggi bergantung kepada bilangan pengawal dan perkhidmatan yang diperlukan.
Di dalam kejadian ini, saya tidak pasti berapa ramai pengawal yang bertugas dan berapa entrance/exit point di kawasan berkenaan. Kebiasaanya semua jalan keluar masuk akan ditutup dan meninggalkan satu sahaja yang berkawal di kawasan berkenaan. Ini bermaksud jika hanya 1 pengawal bertugas pada satu-satu masa maka risiko untuk berlaku perkara sebegini amat tinggi terutamanya jika pengawal (biasanya warga asing) yang ditugaskan mengambil mudah soal keselamatan.
Apa yang saya syorkan, kerajaan mengambilkira apa yang berlaku ini dan menambahbaik garis panduan sedia ada. Antaranya ialah dengan mewajibkan sekurang-kurangnya 2 pengawal bertugas setiap masa dan didaftarkan dengan pihak berkuasa seperti polis, bomba setempat serta mempunyai wakil penduduk serta syarikat keselamatan tersebut yang boleh dihubungi setiap masa. Kegagalan melakukan perkara berkenaan boleh mengakibatkan permohonan mereka untuk ‘gated community’ ditolak oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di masa-masa akan datang.
Berita penuh boleh anda baca Di Sini.
pada pendapat saya.. gated community ada pro n con nye.
kebiasaannya developer dah buat market study b4 develop sesuatu projek.
dan pembeli pun sepatutnye study dulu about developer yg diorg nk beli umh tu.
sebab kebiasaannya developer yg bagus akan menjaga standard/ nama company nya, bila mereka dh plan for gated community untuk projek diorg, dh tentu kualiti company security guard yg akan dipilih juga telah mereka tentukan dan kesemuanya telah dikira dari awal perancangan projek setimpal dengan jumlah maintenance yg harus PEMBELI BAYAR . So pembeli mempunyai hak untuk membuat keputusan dengan KAWASAN PERUMAHAN yang mereka pilih.
Gated community tidak boleh dipersalahkan jika kecekapan developer mahupun sekuriti tidak menyempurnakan tugas dengan cekap kerana PEMBELI RUMAH mempunyai hak untuk memilih KEDIAMAN mereka. so study dulu b4 membeli… 😉
kdg2 bukan pembeli tak kaji, mslh pada pak gurad yang diambil bekerja tu, gaji dibayar tp xbuat kerja. obviously, gated security sepatutnye menjadi additional value bile pembeli nak beli rumah sebab mrk nak selamat satu famili mereka.