KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, hari ini meminta suruhanjaya bangunan supaya memantau masalah penduduk pangsapuri di seluruh negara.
Beliau turut mengarahkan suruhanjaya itu agar mewujudkan satu mekanisme untuk memastikan kebersihan kawasan pangsapuri sentiasa dikawal. ย “Mulai sekarang kita akan pastikan suruhanjaya bangunan memantau pangsapuri. Dengan cara ini mereka akan memastikan kutipan (yuran penyelenggaraan) dilaksanakan dengan baik,” ย katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pangsapuri PKNS, Ampang Jaya di sini.
Terdahulu, Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima aduan mengenai pelbagai masalah yang mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk di Pangsapuri PKNS, Ampang Jaya pada minggu lalu. – BERNAMA
Comment