SHARE AND LIKE THIS POST

Hari Raya masih belum habis lagi…. saya yakin anda semua juga masih menerima jemputan-jemputan ‘open-house’ ataupun pergi beraya ke rumah-rumah kawan atau saudara-mara.  Dalam seminggu yang lepas pelbagai rumah yang saya pergi beraya dan sambil bermaaf-maafan di hari raya pelbagai jenis ‘improvement’ atau ‘renovation’ yang saya lihat dilakukan oleh tuan rumah sama ada sebagai fungsi untuk lebih praktikal ataupun sekadar untuk kelihatan lebih menarik.  Al-maklumlah, jiwa ni dah macam sebati dengan bidang hartanah, bila pergi mana2 sure fikiran berpusing2 pasal nilai rumah, pembangunan kawasan sekitarnya dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan hartanah.

Ada yang bertanya kepada saya, adakah semua kos yang mereka keluarkan untuk membuat ‘renovation’ berkenaan akan menaikkan nilai rumah mereka?  Adakah kabinet dapur bernilai RM20,000 akan meningkatkan nilai rumah mereka sebanyak itu? Adakah 6 air-cond bernilai RM10,000 akan turut juga meningkatkan nilai rumah mereka? Dan adakah perabot-perabot bernilai RM50,000 juga menyumbang kepada kenaikan nilai rumah mereka?

Jawapannya…. TIDAK!

Ramai yang kurang arif mengenai perkara ini dan akhirnya kos berpuluh atau ratusan ribu yang mereka keluarkan untuk membuat ‘renovation’ mereka akhirnya tinggal 10-20% sahaja meningkatkan nilai rumah mereka.

Jadi, apakah dan berapakah nilai yang dikira untuk kos yang telah anda keluarkan kepada peningkatan nilai rumah anda?

Secara asasnya, di dalam penilaian sesebuah rumah, hanya 50% dari kos yang telah anda ‘laburkan’ akan dikira dalam menilai nilai rumah anda.

Walau bagaimanapun ini juga bergantung kepada usia renovation

tersebut dan jenis ‘renovation’ yang dilakukan.  Hanya ‘renovation’ yang kekal atau ‘fixed’ kepada bangunan sahaja akan

dikira untuk peningkatan nilai ini.  Maksud ‘kekal’ disini adalah apabila ianya dikeluarkan daripada tempat asal, ianya akan memberikan kesan sama ada dari segi struktur atau ‘appearance’ kepada bangunan asal.

Contoh ‘renovation’ yang dikira adalah seperti sambungan struktur (seperti sambungan dapur), kabinet dapur, plaster ceiling dan landskap manakala ‘improvement’ yang tidak dikira atau tidak menyumbang kepada peningkatan nilai rumah anda adalah seperti perabot-perabot, air-condition, dan sebarang penambahan yang tidak kekal.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan sebahagian daripada ‘improvement’ yang tidak dikira ini akan meningkatkan

lagipotensi untuk anda menjual hartanah tersebut dan juga menyebabkan bakal pembeli sanggup membayar lebih tetapi dari segi penilaian, ianya tidak akan meningkatkan nilai rumah anda. Maksud saya di sini, jika anda ingin menjual rumah anda berserta perabot-perabot yang bernilai RM50,000 semasa anda membelinya, anda mungkin berjaya mendapatkan bakal pembeli untuk membayar sedikit lebih (mungkin RM10-20K) tetapi dari segi nilaian untuk pinjaman bank, beliau tidak akan dapat tambahan nilai tersebut daripada nilai sebenar rumah – jika nilai rumah RM300,000 maka nilaian rumah

dari bank akan tetap RM300,000 dan bukan RM320,000.

Saya harap anda sudahpun sedikit faham tentang pentingnya tentang mengetahui ‘renovation’ yang menyumbang kepada nilai rumah anda.  Dan semoga anda mengambilkira faktor ini nanti apabila melakukan ‘renovation’ rumah anda dan tidak memarahi bank

akibat nilaian rendah daripada apa yang anda jangkakan.

Sebagai panduan, 5 jenis ‘renovation’ atau penambahan yang saya syorkan untuk anda lakukan adalah:-

  • Penambahan struktur yang minimal (dapur, porch kereta) supaya rumah kelihatan besar dari normal.
  • Kabinet dapur dan kabinet dinding (bilik).
  • Landskap – lakukan secara minimal tetapi menampakkan perubahan yang ketara kepada kawasan rumah anda
  • Plaster ceiling – juga lakukan secara minimal.  Ini akan menampakkan perubahan yang ketara terhadap dalaman rumah anda.
  • Penambahan kepada bilik air secara minimal – memasang tiles dinding sehingga tinggi siling dan memasang ‘shower screen’ supaya kelihatan lebih baik dari biasa.

Dengan melakukan ‘renovation’ atau penambahan di atas, anda boleh mengharapkan nilai rumah anda akan meningkat tetapi sedikit peringatan dari saya, jangan melakukan ‘renovation’ yang keterlaluan jika anda tidak merancang untuk tinggal di rumah tersebut untuk jangka panjang – cukup sekadar yang minimal tetapi membantu meningkatkan nilai rumah anda.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau mempunyai pendapat tersendiri, saya sangat mengalu-alukan anda memberi komen anda di bawah.

Sekian.

Comment

2 KOMEN

  1. Salam,

    Perkongsian yang menarik……Untuk buat renovation, perlu berhati-hati, kos yang dikeluarkan banyak tp pulangannya belum terjamin.

    Sy ada rancang untuk pasang aircond di apartment yang saya sewakan, dan kenaikannya dalam RM 100 sehingga RM 200 ke atas sewa bulanan saya…

    Lepas kira2, pulangan kos aircond itu saya akan dapat lepas setahun plus…

    So, fikir2kanlah kalau renovation itu menguntungkan tak apa tp klu sekadar nak mata sedap memandang perlu fikir-fikirkan lah

    Sekadar pendapat peribadi saja

  2. Betul tu Norhana..
    saya pun setuju dgn anda kalau sedikit improvement tersebut boleh menaikkan rental mmg tiada masalah untuk dilakukan. Tetapi untuk tujuan ini cuba minimumkan kos serendah mungkin.

BERI MAKLUM BALAS