SHARE AND LIKE THIS POST

Selepas pelbagai komen diberikan selepas pengumuman Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan pada Bajet 2010 yang lepas, kerajaan telah mengkaji semula CKHT dan mengumumkan semalam bahawa kadar 5% tersebut hanya untuk hartanah yang dijual semula dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian.

Bagi saya ini barulah dikatakan adil (berbanding sebelum ni walaupun masih tidak mencukupi..) untuk mereka yang sememangnya membeli hartanah untuk mendiami dan bukan spekulasi.  Pengumuman baru ini bermaksud mereka yang membeli hartanah dan menjualnya semula selepas 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang cukai keuntungan sebagaimana yang pernah terpakai sebelum ini (sebelum CKHT dikecualikan) cuma bezanya kali ini dengan kadar yang terpakai sebelum ini adalah ianya kadar rata pada 5%.

Sebelum ini mereka yang menjual hartanah dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian akan dikenakan CKHT pada kadar yang berbilang iaitu dari 30% pada tahun pertama dan berkurang kepada 5% pada tahun ke-4.

Pada pendapat saya, kadar CKHT yang lama dengan menggunakan kadar berbilang ini merupakan lebih adil kepada semua kerana ianya akan mengurangkan spekulator (mereka yang membeli dan menjual hartanah dalam jangka masa yang singkat untuk keuntungan) daripada menyebabkan harga hartanah melonjak tinggi dan menjadi diluar kemampuan oleh majoriti pembeli biasa.

Dengan kadar baru ini mereka hanya dikenakan kadar 5% daripada keuntungan yang diperolehi – terlalu kecil berbanding keuntungan yang mereka buat.  Sebagai contoh, katakan keuntugan yang dibuat daripada pembelian sebuah hartanah adalah RM100,000 (harga pembelian adalah RM500,000 dan jualan RM600K) maka kadar 5% hanyalah RM5,000 – suatu jumlah yang amat kecil.  Oleh itu bagi mereka yang mempunyai modal besar untuk melakukan pembelian dan spekulasi seperti ini masih merasakan tiada kesan terhadap ‘bisnes’ mereka walaupun mereka membeli dan menjual dalam minggu atau tahun yang sama kerana keuntungan yang banyak.

Kesannya adalah kepada orang-orang biasa yang membeli hartanah untuk benar-benar sebagai kediaman mereka. Harga hartanah akan menjadi lebih mahal akibat tindakan spekulasi yang tidak dikawal tersebut.

Saya masih mengharapkan kerajaan akan mengkaji pula kadar yang dikenakan (mungkin tidak berlaku selepas mereka menetapkan tempoh 5 tahun berbanding tiada tempoh).  Mungkin kada tahun pertama dinaikkan kepada 30% sebagai langkah membendung spekulasi tersebut.

Anda mempunyai komen? Apa kata anda kongsi di sini.

Comment

2 KOMEN

  1. Saya ingin bertanya. Saya pernah beli dua rumah. Rumah pertama dibeli pada 2001 terbengkalai (telah dapat status terbengkalai) tapi dalam proses diselamatkan oleh pemaju baru.

    Rumah kedua dibeli pada 2010 dan telah diduduki. Pada 2011 ini saya bercadang ingin menjual rumah kedua ini atas sebab-sebab tertentu dan saya menjangkakan mendapat keuntungan RM40K. Soalan saya adakah saya akan dikenakan cukai terhadap RM40K tersebut?

    Harap dapat bantu kerana saya dapat dua versi jawapan iaitu ada yang kata kena cukai. Ada yang kata tidak kerana seumur hidup kita boleh jual satu rumah yang tak kena cukai.

    Terima kasih.

  2. Hamizi,
    Kedua-dua versi jawapan tersebut adalah betul cuma untuk pengecualian Cukai Keuntungan, Hamizi boleh memilih penjualan yang mana untuk dikecualikan cukai (cthnya mempunyai rumah yang lain yang ingin dijual dengan keuntungan yang lebih tinggi, maka lebih baik memilih transaksi tersbut untuk pengecualian cukai). Jika ini adalah satu-satunya rumah dan tidak merancang untuk memiliki lagi maka gunakan yang ini untuk pengecualian tersebut.

BERI MAKLUM BALAS