SHARE AND LIKE THIS POST
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan dikuatkuasakan semula bermula pada 1 Januari 2010 berdasarkan Bajet 2010 yang dibentangkan lepas.  Kadar yang dikenakan juga adalah lebih rendah dari kadar semasa mengikut Akta CKHT 1976 yang mana dikecualikan pada masa ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menegaskan bahawa kadar ini dikenakan tanpa mengambil kira jangka masa tempoh pegangan dan kategori pemilik.  Kadar 5.0 peratus ini akan dilaksanakan melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 dan akan diwartakan secepat mungkin.

“Dengan ini, kadar CKHT semasa yang lebih tinggi dari 5 peratus yang terkandung dalam Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, tidak lagi terpakai,” beliau berkata dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Walau bagaimanapun, pengecualian kepada individu diberi seperti berikut:

  • Pengecualian ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 atau 10% daripada keuntungan bercukai, yang mana lebih tinggi;
  • Pemberian hadiah bagi pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara datuk, nenek dan cucu dikekalkan; dan
  • Pelupusan sebuah rumah kediaman sekali sepanjang hayat.

Pada pendapat saya, walaupun CKHT ini akan dikuatkuasakan semula, kadar yang dikenakan adalah munasabah.  Ini juga secara tidak langsung akan dapat mengawal sedikit sebanyak spekulasi dalam hartanah yang melonjak harga hartanah ke paras yang tinggi.

Comment

BERI MAKLUM BALAS