SHARE AND LIKE THIS POST

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meningkatkan kadar kepadatan bagi pembangunan hartanah di negeri tersebut yang mana akan menurunkan dan mengimbangi harga hartanah, menurut Pengerusi Eksekutif Hunza Properties Bhd.

“Kerajaan negeri baru-baru ini telah membuat keputusan untuk meningkatkan kadar kepadatan keluasan binaan seluas 280,000 kaki persefi daripada 90,000kp bagi setiap 100,000 kaki persegi keluasan tanah. Keputusan tersebut bakal membolehkan pemaju untuk membina lebih banyak unit, dan seterusnya memberikan lebih pilihan kepada pengguna (pembeli).”

“Ia juga akan menghalang peningkatan mendadak harga hartanah dalam beberapa tahun akan datang,” katanya di majlis penerangan kepada media, penganalisa dan banker.

Syarikat berkenaan di dalam proses akhir untuk pelancaran projek apartment “hijau” di atas tanah seluas 4 hektar tidak lama lagi. (Sila baca berita selanjutnya melalui link Source di bawah)

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;


Saya secara peribadinya berpendapat ada kebenaran dengan apa yang dinyatakan oleh beliau tetapi bagi saya ia sebenarnya adalah hanya sebahagian daripada marketing di buat untuk menarik bakal pembeli membeli apartment di Pulau Pinangย .ย Ramai sedia maklum masih banyak lagi projek-projek apartment/condo lain yang dilancarkan dan ditawarkan di dalam pasaran di sana yang masih tidak mendapat sambutan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, memandangkan Hunza menawarkan konsep “hijau” bagi projek terbaru mereka ini, mungkin lebih berbaloi untuk kita tunggu dan lihat apa yang sebenarnya membuatkan projek ini istimewa berbanding projek lain apabila ianya dilancarkan kelak.

Jika saya sebagai seorang bakal pembeli atau pelabur di Pulau Pinang, sudah pastinya saya tidak akan terburu-buru mendapatkan hartanah ini terutamanya dalam keadaan sekarang yang banyak pilihan dengan harga yang sangat kompetitif.ย  Ditambah pula dengan keputusan tersebut, ianya MUNGKIN akan menyebabkan pasaran apartment/condo sedia ada akan mengalami sedikit penurunan harga disebabkan lebih banyak penawaran yang akan memasuki pasaran.

Original Source: Star Property

Comment

BERI MAKLUM BALAS