SHARE AND LIKE THIS POST

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat serta penduduk di kedua-dua bandar ini di atas pengisytiharan sebagai “Tapak Warisan Dunia”.  Pengiktirafan ini pastinya tidak datang dengan mudah dan ianya berdasarkan pelbagai faktor yang harus dipenuhi serta melalui beberapa proses penyaringan dan pengesahan yang dilakukan beberapa kali sebelum diiktiraf.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan ini tidak habis begitu sahaja kerana ianya datang dengan tanggungjawab lain.  Saya pasti semua pihak pastinya gembira dengan pengiktirafan ini kecuali mereka yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan keuntungan tertentu.  Tidak dinafikan terdapatnya pihak yang tidak menyenangi pengiktirafan ini kerana dengan menjadi Tapak Warisan Dunia, kedua-dua kawasan ini tidak lagi boleh dibuat sesuka hati – dalam ertikata lain tidak boleh sesenang hati dibangunkan dengan sesuatu pembangunan dan bangunan sedia ada mestilah dilindungi, dijaga dan juga kawasan ini harus dipromosi sebagai Tapak Warisan Dunia.

Saya berharap pada masa akan datang kedua-dua bandar ini akan lebih dijaga rapi sebagai ‘warisan dunia’ dan menjadi terkenal di seluruh dunia dengan keunikan yang ada. Ini kerana Malaysia hanya mempunyai 3 ‘Tapak Warisan Dunia’ dan jika ianya gagal dilindungi atau garispanduan yang wujud tidak dipatuhi maka ianya akan berdepan dengan penarikan balik pengiktirafan tersebut.

Comment

2 KOMEN

  1. Sambungan kepada posting di atas.

    KUALA LUMPUR 25 Nov. — Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberi tempoh sebulan bermula semalam kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk mengkaji semula tiga projek pembangunan di Georgetown bagi mengelakkan pengiktirafan bandar itu sebagai Tapak Warisan Dunia ditarik balik.

    Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata ini penting kerana jika pengiktirafan yang diberi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu ditarik balik, ia turut melibatkan negeri Melaka.

    “Saya minta kerajaan negeri Pulau Pinang bersama kementerian, Jabatan Warisan dan wakil dari UNESCO untuk lihat bagaimana impak pembangunan yang ada boleh menjejaskan kedudukannya sebagai satu tapak warisan.

    “Saya telah memaklumkan kepada mereka beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam masa sebulan ini seperti berjumpa dengan kontraktor untuk berbincang mengenai reka bentuk agar ia tidak menjejaskan struktur bangunan di tapak warisan itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
    Sumber – Bernama

BERI MAKLUM BALAS